Carian
Ketahui Pemanis Yang Digunakan Di Dalam Pepsi Black
March 17, 2023 Lina Rosli

Untuk pengetahuan anda, Pepsi Black adalah rangkaian minuman di bawah jenama Pepsi yang menawarkan rasa yang lebih kuat di samping menawarkan kandungan kalori sifar kepada penggemar minuman berkarbonat.

Diperkenalkan sejak tahun 2018, Pepsi Black ini dilengkapi dengan pemanis tiruan utama iaitu aspartam, acesulfame-K dan sucralose. Bagi yang tidak mengetahui, aspartam ialah pemanis yang mengandungi rendah kalori dan telah digunakan di kebanyakan produk minuman lain selama beberapa dekad sebagai cara untuk mengurangkan pengambilan gula tambahan.

Untuk pengetahuan anda, aspartam sebenarnya kira-kira 200 kali lebih manis daripada gula, dan oleh itu hanya sedikit pemanis yang diperlukan untuk memadankan kemanisan yang disediakan oleh gula.

Di samping itu juga, aspartam ini sensitif kepada haba panas yang mana ia tidak sesuai digunakan di dalam makanan yang perlu dipanggang atau dibakar. Ini kerana, apabila aspartam berada di dalam keadaan panas, ia akan menyebabkannya hilang rasa manisnya.

Selain digunakan di dalam makanan dan minuman seperti puding dan gelatin tanpa gula, aiskrim, popsikel, gula-gula getah, sos, sirap dan perasa, aspartam juga turut terkandung di dalam beberapa jenis ubat-ubatan yang dijual di kaunter perubatan bagi membantu menjadikan ubat tersebut lebih sesuai untuk dikonsum atau menjamin tahap palatability ubat.

Adakah Aspartam Selamat Untuk Dikonsumsi?

Jawapannya, ya. Aspartam telahpun dikaji secara menyeluruh untuk digunakan di dalam bekalan makanan. Menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah A.S. (FDA) meluluskan penggunaannya dalam makanan kering pada tahun 1981, sementara dalam minuman berkarbonat pada tahun 1983 dan sebagai pemanis tujuan umum pada tahun 1996.

Pihak berkuasa kesihatan global terkemuka seperti Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah (EFSA) dan Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA) menjalankan penilaian risiko saintifik dan penilaian keselamatan aditif makanan dan telah membuat kesimpulan bahawa aspartam adalah selamat untuk kegunaannya.

Mengenai Pepsi Black, rangkaian ini nampaknya telah diperluaskan lagi penawarannya dengan memperkenalkan beberapa perisa baharu termasuklah:

  • Pepsi Black – Black Lime
  • Pepsi Black – Black Vanilla
  • Pepsi Black – Black Mango
  • Pepsi Black – Black Raspberry
Komen