Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, nampaknya KFC mula memperkenalkan menu baharu kepada umum iaitu KFC Arabian Spice Crunch.
Untuk hidangan Arabian Spice Crunch ini, KFC membawakan ayam goreng dengan salutan rangup yang dicampur dengan sajian rempah ratus yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Menggunakan ayam Hot & Spicy, KFC menambah kelazatan ayam ini dengan campuran herba dan rempah ratus aromatik Arab seperti buah pelaga, serbuk cili, daun kari dan banyak lagi.

Melengkapkannya, anda boleh menghidangkan KFC Arabian Spice Crunch bersama Nasi Colonel kegemaran ramai.
Bagi anda yang berminat, KFC Ayam Percik sudah boleh didapati bermula hari ini pada harga bermula RM17.49 untuk set Kombo 2-ketul, RM22.99 untuk set Kombo 3-ketul dan Arabian Spice Crunch Box Meal pada harga RM23.49.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba KFC Arabian Spice Crunch dan kongsikan pengalaman anda bersama Tajria. Anda juga boleh mendapatkan hidangan ini melalui pesanan di aplikasi KFC atau layari www.KFC.com.my bermula hari ini!