Kedah merupakan antara negeri yang tidak hanya terkenal sebagai kawasan jelapang padi, tetapi juga turut hadir dengan kawasan tanaman kopi dengan keluasan sekitar 50 hektar.
Menampilkan hasil kopi yang dihasilkan dari tanah negeri yang tersendiri, kini anda boleh merasai sajian kopi asli yang didatangkan dari Kedah menerusi jenama Nescafe Classic Kopi Kedah.

Untuk pengetahuan anda, penduduk Kedah telahpun lama mengusahakan tanaman kopi yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian sejak dari tahun 90-an namun penghasilan kopi terhenti apabila harga kopi dan cara pasaran tidak menentu. Kemerosotan itu menyebabkan dimana biji kopi mentah kopi terpaksa diimport dari luar untuk industri kopi tempatan.
Bercakap mengenai minuman klasik Nescafe Kopi Kedah, tahukah anda bahawa minuman ini telah pun diperkenalkan sejak tahun 2019 dan kini mereka kembali dengan wajah pembungkusan yang baharu?
Melaluinya, anda boleh menikmati rasa kopi yang dipanggang dengan tahap kepahitan medium. Ini sekaligus memberikan hasil kopi yang lebih versatil dan tidak terlalu pahit untuk disajikan setiap hari.

Selain daripada penghasilan kopi dari ladang tempatan, Nescafe Classic Kopi Kedah juga adalah hasil inisiatif penanaman kopi lestari yang bertujuan memulihkan semula sektor perladangan kopi dan meningkatkan taraf hidup peladang tempatan.
Menariknya, ia turut memberi latihan kepada golongan peladang yang terlibat di dalam perlaksanaan teknik pertanian yang baik serta turut melengkapkan mereka dengan kepakaran teknikal yang diperlukan untuk menghasilkan biji kopi berkualiti, sekali gus membolehkan rakyat Malaysia menikmati minuman kopi tempatan asli yang menambat selera dan hati mereka.