Carian
Bolehkah Makan Kentang Yang Telah Tumbuh Tunas Dan Mempunyai Bahagian Berwarna Hijau?
March 21, 2023 Lina Rosli

Tahukah anda bahawa kentang berasal dari kumpulan ubi yang boleh dimakan yang mana ia boleh didapati di seluruh dunia dan sepanjang tahun. Mereka agak murah untuk tumbuh selain turut kaya dengan nutrien.

Antara kelebihan kentang dari sudut pandang kesihatan adalah ia secara umumnya hadir dengan paras karbohidrat yang tinggi selain diperkaya dengan sumber serat. Hasilnya, ia menjadikan kentang sebagai hidangan yang membuatkan individu lebih mudah kenyang apabila mendapatkannya dalam kuantiti yang mencukupi.

Dan apa yang menarik juga, kentang turut hampir tidak mengandungi lemak yang mana ini sekaligus menjadikannya antara hidangan diet yang digemari ramai indvidu.

Disebabkan kentang menampilkan paras indeks glisemik (GI) yang tinggi, maka, para penghidap diabetes adalah disarankan untuk mengambil hidangan berasaskan kentang dalam diet harian. Hal ini kerana, ia akan mengukur pengambilan makanan yang boleh memberi kesan kepada peningkatan gula dalam darah.

Adakah Kentang Yang Telah Tumbuh Tunas Dan Mempunyai Bahagian Berwarna Hijau Membahayakan Kesihatan?

Untuk pengetahuan anda, kentang atau nama saintifiknya adalah Solanum Tuberosum mengandungi bahan kimia semula jadi yang dikenali sebagai alkaloid glikosida seperti solanin. Bahan kimia ini bersifat toksin yang boleh menyebabkan keracunan makanan bergantung kepada kuantiti yang diambil – boleh berlaku sama ada kes ringan ataupun sehingga menyebabkan kematian.

Tidak hanya terdapat di dalam kentang sahaja, solanin juga boleh dijumpai di dalam tomato (Solanum lycopersicum), terung (Solanum melongena), ataupun lain-lain tumbuhan yang berasal dari genus Solanum.

Sekiranya anda tidak cakna tentang solanin ini, ia adalah racun tumbuhan berbahaya dan sangat beracun, sebatian solanidin dan glukosa. Ia akan menjadikan ruang atau kawasan yang mengandungi toksin itu bertukar warna hijau. Dan disebabkan itu juga, hidangan anda akan terasa pahit.

Akan tetapi, bukan solanin yang mengeluarkan warna hijau berkenaan. Klorofil adalah bahan yang bertindak mengeluarkan warna hijau tersebut untuk menandakan bahawa toksin tersebut telah bertindak balas dengan bahan lain di dalam kentang.

Antara gejala kesihatan akibat daripada pengambilan kentang yang telah bertunas dan bertoksin termasuklah:

  • sakit kepala
  • badan menjadi lemah
  • rasa mual dan ingin muntah
  • cirit-birit

Atau lebih teruk, ada juga kes lain yang mana individu boleh menjadi kecacatan, kelumpuhan, koma dan volvulus bergantung kepada antibodi dan sistem imunisasi tubuh.

Bolehkah Anda Makan Kentang Yang Telah Terdedah Kepada Toksin?

Toksin yang telah terdedah pada bahagian kentang tersebut tidak boleh dihilangkan menggunakan haba sama ada dimasak, dipanggang ataupun direbus.

Walau bagaimanapun, anda masih boleh memotong dan membuang bahagian makanan yang sudah bertoksin dan hanya mengambil bahagian lain yang bersih dan masih elok.

Komen