Untuk makluman anda, daging berasaskan tumbuhan merupakan hidangan alternatif kepada daging proses biasa yang telah melalui beberapa proses pembuatan yang lebih mesra alam sekitar.
Hal ini kerana berdasarkan laporan GFI, daging berasaskan tumbuhan dilihat menggunakan 47% kurang tanah berbanding daging konvensional yang mana dengan ini, lebihan kawasan tersebut boleh digunapakai untuk pelbagai aktiviti penternakan yang lain.

Menyokong kepada laporan itu juga, industri penternakan haiwan turut menggunakan 77% daripada tanah pertanian di dunia ini, tetapi hanya membekalkan 17% daripada bekalan makanan manusia. Melihat kepada isu kecekapan, kemampanan dan kesihatan, individu harus sedar bahawa kita mempunyai pilihan untuk melakukan perubahan yang positif.
Oleh itu, dengan adanya penawaran produk berasaskan tumbuhan ini, ia bukan sahaja dapat menjimatkkan kawasan tetapi juga membawa tabiat pemakanan yang lebih sihat kepada orang ramai.

Menurut Phuture Food, mereka hadir dengan produk protein berasaskan tumbuhan yang diperbuat daripada campuran beberapa jenis bahan makanan iaitu protein tumbuhan, serat, karbohidrat, lemak, pewarna dan perasa semulajadi yang melalui sistem pemprosesan haba untuk mengekalkan nutrien yang ditawarkan di dalam hidangan.
Bagi anda yang tidak mengetahui tentang penawaran produk protein yang dibawa oleh Phuture Food adalah:
- High Fibre Chick’n
- Invincible Mince
- Burger Patties Super Gourmet
- High Fiber Chick’n Breast Nuggets

Keempat-empat produk ini boleh didapati sama ada di pasaraya terpilih selain turut dibekalkan kepada beberapa jenama makanan popular tempatan termasuklah The Coffee Bean And Tea Leaf, OldTown White Coffee, ZUS Coffee, Murni Discovery, KyoChon dan La Juiceria Superfoods.
Penglibatan 6 jenama ini dilihat selari dengan peningkatan yang mendadak dalam permintaan pasaran yang mana rata-ratanya didorong oleh isu global yang memuncak seperti keselamatan dan kelestarian makanan, perubahan trend pemakanan bagi kebanyakan individu masa kini.