Anda baru sahaja balik kerja, badan pun letih setelah seharian bekerja tetapi sudah hampir waktu berbuka. Sempatkah nak masak untuk berbuka dengan makanan yang sedap, mudah dan bermutu?

Nampaknya, anda kini tidak perlu risau kerana Tyson menawarkan hidangan mudah sedia untuk berbuka puasa nanti. Bersempena Ramadan, Tyson menyajikan pelbagai pilihan ayam beku yang boleh dimasak pada tempoh yang singkat.

Anda tidak perlu melakukan proses yang kompleks kerana dengan adanya Tyson, ayam yang ditawarkan bukan sahaja 100% halal tetapi turut enak dan mudah untuk dimasak lebih-lebih lagi bagi anda yang mempunyai tempoh penyediaan hidangan berbuka yang singkat.

Dari peti ais, ayam sejuk beku Tyson ini boleh terus dimasak di dalam ketuhar gelombangan mikro atau fryer yang mana hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk dimasak.

Antara pilihan ayam sejuk beku yang ditawarkan termasuklah Buffalo Wing Stick dan BBQ Roasted Drumstick yang sesuai untuk dimakan pada bila-bila waktu. Menurut Tyson, mereka mencadangkan untuk anda menggunakan BBQ Roasted Chicken Drumstick untuk divariasikan di dalam versi masakan tempatan seperti Ayam Masak Sambal Kicap dan Masak Lemak Cili Api.

Seterusnya, Tyson turut mempunyai produk citarasa Jepun, Chicken Karaage yang sangat lembut diperbuat daripada isi paha yang berkualiti serta diperap dengan rempah ratus. Produk Tyson juga boleh dijadikan sebagai hidangan penuh dengan resepi yang mudah dan cepat ini untuk memastikan juadah berbuka tetap menarik dan hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk disediakan.

Tidak lengkaplah bulan puasa kalau tidak menziarahi Bazar Ramadan. Oleh itu, dengan keterujaan Ramadan yang semakin hampir, Tyson juga akan membuka tapak Bazar Ramadan Tyson Ada, Mudah Berbuka dari 23 Mac hingga 16 April, di kawasan Lembah Klang. Bazar Ramadan memberikan pengalaman sebenar bulan puasa buat rakyat Malaysia untuk menikmati keunikan serta kepelbagaian juadah, terutamanya Cheesy Korean Kaarage Chicken, iaitu menu khas daripada Chef.

Bazar akan diadakan di: 

  • Perkarangan MATRADE, Mont Kiara (3pm – 12am)
  • Stadium Shah Alam (2pm – 8pm)