Dengan kolaborasi bersama chef selebriti Anis Nabilah, nampaknya istimewa Ramadan 2023 ini, jenama penyedia kek popular, Secret Recipe, kini hadir dengan menu baharu iaitu Nasi Kerabu.

Menampilkan 3 pilihan lauk yang berbeza, penggemar Nasi Kerabu boleh memilih sama ada anda ingin menikmati hidangan nasi bersama kuah masak lemak ataupun melengkapkannya dengan lauk ayam percik dan juga ikan saba percik.

Bagi setiap pinggan Nasi Kerabu juga, ia turut dilengkapi dengan lauk-lauk asas lain termasuk telur masin, keropok ikan, sambal dan juga serunding kelapa.

Selain daripada hidangan istimewa ini juga, anda turut boleh mendapatkan sajian pemanis mulut iaitu kek Signature Onde-Onde oleh Secret Recipe. Ia menampilkan kek span berperisa pandan yang kemudian ditambah dengan sirap gula melaka bersama parutan kelapa bagi memberikan hasil hidangan yang bukan sahaja lazat, tetapi sesuai disajikan sebagai juadah berbuka puasa.

Jangan ketinggalan untuk mencuba hidangan ini pada bulan Ramadan yang mulia ini. Nantikan perkongsian menu menarik yang lain di Tajria untuk dijamu bersama keluarga dan juga rakan-rakan.