Cuba anda bayangkan, jika hidangan yang anda sediakan untuk diri ataupun keluarga tidak dilengkapi satu bahan penting, sudah pasti ia boleh mengubah tekstur dan rasa. Dan ini sekaligus menjadikan hidangan anda tidak menghasilkan rasa yang diinginkan.
Oleh itu, untuk memastikan rasa dan tekstur masakan anda sama seperti yang telah dibayangkan di minda, dapur anda perlu mempunyai stok untuk semua bahan-bahan utama dan penting untuk hidangan anda.

Apakah bahan-bahan yang penting untuk masakan?
Secara umumnya, bahan paling utama untuk masakan dikategorikan sebagai bahan universal. Ini kerana ia perlu digunakan untuk semua jenis hidangan bagi menghasilkan rasa asas yang penting dalam masakan seperi masin, manis dan masam.
Sebagai contoh, bahan keperluan asas untuk dapur adalah:
- Garam
- Gula
- Minyak masak
- Tepung Gandum
- Telur ayam
Selain daripada lima bahan utama ini, terdapat beberapa kategori penting yang lain untuk penyediaan makanan. Ia termasuk:
Makanan Dalam Botol Atau Tin
Makanan dalam tin ialah cara yang mudah dan berpatutan untuk dapur anda selain turut menjadikan hidangan harian anda lebih lengkap. Malah, disebabkan proses pengetinan memastikan jangka hayat yang panjang sekurang-kurangnya satu hingga lima tahun, ini mungkin memberi manfaat kepada individu yang tidak menggemari aktiviti pembelian barangan dapur yang kerap.
Contoh makanan dalam botol atau tin yang penting:
- Stok ayam
- Stok daging atau sup
- Tomato dalam tin
- Sos/pes tomato
- Sos tiram
- Sos cili
- Kicap
- Tuna/sardin
- Cuka
Pasta Dan Mi
Selain bahan masakan yang digunakan untuk lauk, bahan-bahan asas kanji juga penting untuk dapur anda. Ini termasuk:
- Beras
- Pasta (dalam pelbagai bentuk, helai dan tiub)
- Mihun
- Mi/kuey tiaw
- Serbuk roti kering

Bahan Kering Dan Rempah Ratus
Tidak lupa juga 20 bahan utama untuk dapur anda bagi mendapatkan hidangan yang sempurna:
- Kentang
- Bawang besar
- Bawang putih
- Kunyit hidup
- Halia
- Daun selasih kering
- Daun salam
- Serbuk kari ayam/udang/daging
- Serbuk lada hitam
- Serbuk lada putih
- Serbuk lada
- Serbuk/biji jintan manis
- Serbuk/biji jintan putih
- Serbuk/biji ketumbar
- Serbuk kunyit
- Buah pelaga
- Bunga lawang
- Kayu cengkih
- Kayu manis
- Daun-daun kering yang telah diproses seperti oregano, pasli, basil, rosemary dan lain-lain
Bahan Tenusu Dan Keju
Tidak lengkap juga peti sejuk di dapur anda tanpa bahan-bahan tenusu di bawah:
- Mentega/marjerin
- Keju
- Susu segar
Dengan adanya senarai bahan masakan utama untuk dapur anda ini, di harap ia dapat memudahkan lagi proses pembelian keperluan masakan selain menjadikan hidangan harian anda lebih enak dan lazat.