Carian
Pembersih Vakum Pintar – Dreame M12 Hadir Dengan Ciri Pengesanan Kotoran Automatik
March 24, 2023 Lina Rosli

Pembersihan di sekitar rumah boleh menjadi lebih mudah, dan menyeronokkan dengan adanya pembersih terbaru dari Uniqbe (M) Sdn. Bhd. iaitu Dreame M12.

Untuk pengetahuan anda, Dreame M12 merupakan pembersih vakum yang dilengkapi dengan sokongan ciri pembersihan pintar yang boleh serba boleh untuk menjadikan rumah lebih bersih. Ia juga hadir dengan penghapusan kotoran basah dan kering yang kuat, fungsi pembersihan diri, selain turut direka bentuk dengan rekaan yang boleh membersihkan sudut tepi.

Selain itu, Dreame M12 ini turut dipersiapkan dengan mod vakum pegang tangan yang mudah yang menggabungkan sedutan berkuasa dengan rangkaian gabungan serba boleh untuk membersihkan perabot, langsir, dan banyak lagi, dengan mudah.

Dari sudut penggunaan Dreame M12 pula, ia hadir dengan penggelek berus lembut yang dapat menyediakan pembersihan yang lembut tetapi mantap, dan menyesuaikan diri dengan hampir mana-mana lantai di seluruh rumah sama ada dari lantai kayu di ruang tamu, hingga linoleum dapur dan jubin bilik mandi.

Sementara itu, reka bentuk pembersihan tepian canggih M12 mempunyai putaran berus berkelajuan tinggi dan penyelesaian yang dirumus khas untuk menyediakan pembersihan serba boleh untuk mana-mana bilik di rumah, termasuk papan bawah dan sudut yang sukar dicapai.

Pembersihan basah dengan M12 juga mudah kerana pembersih vakum ini mempunyai tangki 920ml yang dapat mengisi cukup air untuk pembersihan lantai. Fungsi mod turbo memudahkan pembersihan yang lebih cepat dan lebih teliti, manakala dwi mod pembersihan M12 memastikan pengguna dapat membersih mengikut cara yang mereka selesa pada bila-bila masa.

Dengan pergerakan mudah M12 dan sebahagiannya digerakkan sendiri, ia mempunyai daya tarikan yang kuat yang membantu menarik pembersih vakum ke hadapan manakala pemegang ergonomik dan badan utama yang mudah digerakkan menjadikannya sangat mudah dikendalikan. Mod pegang tangan serba boleh dengan alat mencuci celah dan berus pula membolehkan kerja-kerja pembersihan dari lantai ke mana-mana sudut di rumah yang perlu dibersihkan lebih mudah. 

Pelbagai ciri pintar dibina ke dalam Dreame M12 untuk menjadikan proses pembersihan pengalaman yang benar-benar lancar termasuklah:

  • paparan LED intuitif
  • ciri pengesanan kotoran
  • gesaan suara

Semasa pembersihan, penunjuk cahaya akan berkelip merah bagi memberi isyarat kotoran berat, sementara oren pula menunjukkan kotoran sederhana, dan hijau pula adalah untuk kotoran ringan yang mana ia bergantung kepada betapa kotornya air yang diserap. Sementara itu, penunjuk pada tangki air bersih akan berkelip oren apabila air semakin berkurang, manakala tangki air yang digunakan akan berkelip merah apabila ia penuh. 

M12 ini dikuasakan oleh bateri berkapasiti tinggi 6x 4,000mAh yang memberikan pembersihan basah dan kering selama 35 minit atau sehingga 60 minit pembersihan pegang tangan dengan sekali cas. Paparan bateri membolehkan pengguna mengetahui jumlah kuasa yang masih ada pada peranti. 

Bagi anda yang berminat, Dreame M12 boleh dibeli mulai 22 Mac di pengedar sah Dreame berdekatan seperti bilik pameran Copper Connect yang  terletak di 149, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur dan AI Home (IOI City Mall, Low Yat, Mid Valley Megamall, One Utama dan Setapak). Untuk harga jualan, Dreame M12 ditawarkan pada harga RM2,699.

Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan Dreame M12 hari ini dan bawa pembersihan rumah anda ke tahap seterusnya! Untuk maklumat lanjut, layari https:// copper2u.com/dreame. 

Komen