Carian
KFC Memperkenalkan Teh Tarik Panas Pada Harga RM4.20 – Dirumus Khas Dengan Resipi Istimewa
March 24, 2023 Lina Rosli

Tidak lengkap hari anda tanpa mendapatkan secawan teh tarik bagi memulakan hari anda. Oleh sebab itu, KFC nampaknya mula memperkenalkan minuman istimewa yang dirumus dengan resipi tersendiri iaitu KFC Hot Teh Tarik.

Menurut KFC, minuman teh tarik ini hadir dengan tekstur yang ringan namun tetap ‘kaw’ yang semestinya memberikan semangat yang berkobar-kobar kepada penggemarnya.

Bagi anda yang ingin mendapatkannya, KFC Hot Teh Tarik boleh dinikmati sewaktu sajian sarapan pagi atau turut boleh dipesan secara kendiri. Ia mula ditawarkan bermula hari ini di KFC seluruh negara bermula harga RM4.20.

Anda juga boleh memesannya secara set dengan Nasi Lemak KFC – digandingkan untuk mulakan pagi anda dengan hidangan yang memuaskan!

Dapatkan sekarang melalui khidmat makan-di-restoran dan pandu lalu! Untuk maklumat lanjut, layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC.

Komen