Bersempan Ramadan ini, Pizza Hut Malaysia dilihat hadir dengan hidangan Piza Spicy Krunch serba baharu. Ia merupakan hidangan dengan kerjasama dengan salah satu snek paling ikonik Malaysia, Mamee Monster.

Tidak seperti hidangan pizza lain, Spicy Krunch Pizza meletakkan rasa yang luar biasa dan nostalgia manis pada kuali untuk pengalaman yang unik. Tambah Pizza Hut lagi, makanan adalah lebih daripada sekadar khasiat. Oleh itu, mereka secara konsisten berusaha untuk menginovasi piza yang ditawarkan bagi menjadikan setiap hidangan untuk pelanggan adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan.

Piza Spicy Krunch menampilkan kerak piza yang disumbat dengan bebola ayam yang rangup dan sos pedas istimewa. Ia juga dihidangkan bersama mi snek Lada Hitam Mamee Monster yang istimewa. Pizza Hut mencadangkan untuk menaburkan snek Mamee Monster ini di seluruh bahagian piza untuk mendapatkan rasa penuh rangup.

Jangan lepaskan tawaran Ramadan Pizza Hut dan mula pesan hari ini sebelum 4.30 petang antara 22 Mac hingga 21 April untuk menikmati diskaun RM7 untuk tempahan anda.