Carian
Menu Riang Ramadan Raya Marrybrown – Jom Cuba Nasi Rendang Ayam, Burger Ayam Rendang
March 24, 2023 Lina Rosli

Marrybrown kini memperkenalkan menu Riang Ramadan Raya yang mengetengahkan masakan Rendang dan juga makanan tempatan lain.

Kesemua hidangan ini dilihat akan tersedia secara eksklusif di sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya di semua cawangan Marrybrown mulai hari ini sehingga stok masih ada!

Antara menu yang disajikan termasuklah Double Rendang Ayam Burger dan Pai Nangka. Pada masa yang sama juga Marrybrown membawa kembali menu kegemaran seperti Nasi Rendang Ayam dan Meriah Bucket MB, yang pastinya akan mengukir senyuman kepada semua yang mencubanya.

Untuk mendapatkannya, penggemar hidangan Marrybrown boleh melakukan pesanan terus di rangkaian kedai berdekatan anda pada harga:

  • Double Rendang Ayam Burger Combo yang tersedia dengan kentang goreng sederhana dan satu minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM17.90
  • Nasi Rendang Ayam Combo yang juga tersedia dengan minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM15.90.
  • Meriah Bucket MB yang tersedia dengan 6 ketul ayam dengan harga yang bermula dari RM49.90.
  • Meriah Bucket MB 9 ketul ayam yang dilengkapi heesy wedges, dua paket MB BBQ Chips, dan satu botol 1.5L Fanta Strawberry pula berharga RM63.90

Jika penggemar yang ingin mencuba kedua-dua sajian Double Rendang Ayam Burger dan Nasi Rendang Ayam, anda boleh memilih Riang Rendang Meal. Set yang tersedia ini lengkap dengan Double Rendang Ayam Burger, Nasi Rendang Ayam, MB BBQ Potato Chips, dan minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM29.90.

Sekarang anda juga boleh menikmati produk baharu dari Marrybrown iaitu Pai Nangka yang boleh dipesan dengan mana-mana set, berharga RM3.50.

Komen