Baru-baru ini, Samsung Malaysia telahpun melancarkan telefon terpintar terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy A34 dan A54.
Peranti ini menampilkan spesifikasi yang cukup menarik selain menawarkan pilihan warna yang boleh disesuaikan dengan gaya harian anda iaitu Awesome Lime, Awesome Violet, Awesome Graphite dan Awesome White untuk model Galaxy A54 dan Awesome Lime, Awesome Blueberry, Awesome Violet, Awesome Graphite dan Awesome Silver untuk model Galaxy A34.

Telah menjadi ikonik Samsung, kedua-dua peranti ini membawakan hasil kemasan kerangka matte selain memperlihatkan rekaan seakan sama dengan siri Galaxy S yang diperkenalkan baru-baru ini.
Untuk Samsung Galaxy A54 5G, ia hadir dengan skrin 6.4-inci, dijana cip lapan-teras selain turut menampilkan sensor utama 50-megapixel, sensor rakaman lebar 12-megapixel, dan juga sensor makro 5-megapixel. Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 32-megapixel.

Manakala, Samsung Galaxy A34 5G pula menampilkan skrin 6.6-inci, dijana cip lapan-teras, kamera utama 48+8+5-megapixel dan kamera swafoto 13-megapixel.
Kedua-dua peranti ini juga menawarkan kapasiti bateri 5000mAh dan dilengkapi sistem operasi Android 13 dan antaramuka One UI 5.1.

Sudah cukup untuk menarik minat anda? Jika ya, anda boleh mula pra-tempah peranti ini bermula 24 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan sokongan kemaskini keselamatan selama 5 tahun, kemaskini sistem operasi selama 4 tahun dan waranti peranti selama 2 tahun. Sekiranya, anda melalukukan pra-tempah juga, anda boleh memiliki Samsung Galaxy Buds Live yang bernilai RM549 secara percuma.
Untuk pengetahuan anda, harga jualan rasmi Samsung Galaxy A54 adalah RM1899 untuk model 8GB memori dan storan 256GB. Manakala untuk Samsung Galaxy A34 pula, ia ditawarkan pada harga RM1599 sebuah.
Anda juga boleh menggunakan kod khas AMGA34545G bagi mendapatkan aksesori 35W PD Power Adapter Duo yang bernilai RM 99 secara percuma apabila membeli Galaxy A34 | A54 di laman rasmi Samsung. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan promosi menarik mengenai Samsung, sila layari laman web rasmi mereka.