Khusus buat penggemar minuman beri, kini Tealive bersama-sama dengan jenama minuman buah-buahan terkemuka Sunquick telah hadir dengan 3 pilihan minuman baharu, iaitu:
- Beri Pink Smoothie bersama jeli madu dan sagu
- Beri Pink Milkshake bersama jeli madu dan sagu
- Beri Pink Choc bersama jeli madu

Ketiga-tiga pilihan minuman ini boleh mula didapatkan di rangkaian Tealive berdekatan anda. Sama ada anda boleh melakukan pesanan secara atas talian di Grab Food, Foodpanda dan Shopee Food atau anda boleh berkunjung ke rangkaian fizikal Tealive bermula hari ini.
Bagi yang berminat, harga jualan yang ditawarkan adalah bermula RM10.80 untuk pesanan minuman asas.