Bersempena Ramadan ini, McDonalds telah melanjutkan waktu operasi rangkaian fizikal mereka bermula dari jam antara 8 pagi atau 10 pagi sehingga jam 6 pagi bagi memudahkan individu untuk bersahur.
Walau bagaimanapun, hanya cawangan terpilih sahaja yang dilanjutkan waktu operasi di seluruh negara. Berikut adalah beberapa cawangan McDonalds yang beroperasi sehingga jam 6 pagi:


Bukan itu sahaja, untuk sepanjang bulan Ramadan ini, McDonalds turut membawakan kepada pelanggan mereka beberapa promosi menarik yang perlu anda tebus bermula hari ini.
Berikut adalah 4 promosi yang ditawarkan kepada umum:
- Foldover McD pada harga bermula RM17.99 – Dapatkan kombo spesial untuk pilihan hidangan daging lembu dan ayam.
- Fillet-O-Fish Ramadan Deal – Beli burger ikan kegemaran anda pada harga hanya RM5.99
- Kombo Ramadan – McD menawarkan kombo sempena Ramadan iaitu McChicken Ramadan Combo dan Chicken Burger Ramadan Combo.
- Apple Pie percuma – Bagi setiap pembelian Nasi Lemak McD Combo, anda boleh menebus pai epal percuma.