Mata merupakan deria utama yang paling banyak bekerja bagi setiap individu. Bermula dari matahari terbit hingga ke matahari terbenam, mata akan kekal melakukan tugasnya sehingga seseorang individu itu tidur.

Lebih-lebih lagi pada waktu siang, sewaktu bekerja, individu akan cenderung melihat banyak cahaya tidak kira menerusi gajet dan peralatan elektronik mahupun ketika berada di kawasan yang cerah seperti di luar yang mana kesemua faktor ini boleh mengakibatkan ketegangan mata.

Dalam pada waktu yang sama, apabila mata tertumpu pada sesuatu objek terlalu lama, ia akan menjadikan mata penat dan letih sehingga memberi kesan pada bahagian kepala sehingga ke pinggang.

Dan tahukah anda bahawa, mata berkemungkinan besar boleh menjadi petanda awal kepada penyakit Alzheimer?

Kajian Mengenalpasti Simpton Awal Penyakit Alzheimer – Ia Boleh Bermula Dari Mata

Penyelidikan menunjukkan bahawa penyakit berkaitan saraf dan keadaan otak boleh menjejaskan mata kerana saraf optik dan retina sebenarnya adalah tisu otak yang berada di luar kes otak. Penyakit Alzheimer dan demensia ini pula berlaku disebabkan oleh kerosakan pada sel-sel otak dan kedua-duanya kelihatan mempunyai kesan pada retina.

Oleh itu, korelasi antara mata dan penyakit Alzheimer telah dikaji yang mana para penyelidik meneliti tentang perubahan pada keadaan retina mata. Kajian awal mendapati bahawa perubahan dalam retina ini dikaitkan dengan perubahan pada bahagian otak yang dipanggil korteks entorhinal dan temporal, hab untuk ingatan, navigasi dan persepsi masa.

Selain itu, dalam kajian yang diterbitkan pada bulan Februari dalam jurnal Acta Neuropathologica, hasil kajian memperlihatkan sel mikroglial juga menurun sebanyak 80% pada mereka yang mempunyai masalah kognitif. Sel-sel ini bertanggungjawab untuk membaiki dan mengekalkan sel-sel lain, termasuk membersihkan beta-amyloid dari otak dan retina.

Untuk pengetahuan anda, penyakit Alzheimer bermula di otak beberapa dekad sebelum gejala pertama kehilangan ingatan. Dan Jika doktor dapat mengenal pasti penyakit itu pada peringkat awalnya, orang ramai kemudian boleh membuat pilihan gaya hidup sihat dan mengawal “faktor risiko yang boleh diubah suai mereka, seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes.

Sumber: UCSF, Science Direct, CNN