Hasbro Melancarkan Siri Misteri Pembunuhan CLUEDO Di Instagram
Lina Rosli
Tahukah anda bahawa permainan papan yang memfokuskan siri misteri pembunuhan CLUEDO kini telah direka semula dan ditawarkan di platform media sosial Instagram?
Menurut Hasbro Inc. yang merupakan syarikat yang menguruskan CLUEDO, mereka telah melancarkan siri misteri pembunuhan CLUEDO ini selama sebulan di Instagram. Permainan ini sudahpun boleh diakses sepenuhnya di Instagram dan memerlukan anda sebagai jurulatih penyelesaian jenayah dalam kes untuk menyiasat kematian misteri Boddy Black, tetapi dengan cara yang baharu.


Permainan ini mula diperkenalkan sejak 28 Feb yang lepas, yang mana detektif di seluruh dunia telah menyusun bukti, bertemu suspek, melibatkan diri dalam dunia CLUEDO dan memecahkan misteri kes itu hanya di @officialcluedo.
Sama seperti permainan asalnya, CLUEDO di Instagram ini menyiarkan perkongsian video atau gambar tentang misteri pembunuhan secara digital selama empat minggu di akaun @officialcluedo. Ia turut menampilkan watak ikonik CLUEDO 2023 – Boddy Black, Miss Scarlett, Colonel Mustard, Mayor Green, Chef White, Solicitor Peacock, dan Professor Plum. Cuma apa yang membezakannya adalah pengenalan metahumans melalui Unreal Engine dan teknologi tangkapan gerakan.


Serba sedikit mengenai CLUEDO, ia merupakan permainan papan yang memerlukan anda untuk merungkai misteri berkisarkan latar dan jalan cerita yang disediakan. Ia hadir dengan pelbagai kes dan cerita misteri yang dilengkapi dengan alat bantuan dan sokongan yang menarik.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang siri CLUEDO di Instagram ini, kunjungi ke laman Instagram rasmi CLUEDO atau anda juga boleh mendapatkan set fizikal permainan papan CLUEDO terbaru ini di kedai mainan rasmi Hasbro di Lazada dan Shopee “R” Us pada harga RM109.