Krispy Kreme X Christy Ng Hadir Dengan Beg Tote Gaya Retro

March 29, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Diinspirasikan dunia glamor tahun 1940-an, Christy Ng hadir dengan cetakan unik untuk beg tote edisi khas bersama Krispy Kreme.

Ia menampilkan cetakan yang mempamerkan elemen ikonik jenama Krispy Kreme yang dipersembahkan pada dua rekaan beg. Untuk cetakan pertama, ia menampilkan trak penghantar klasik yang pernah menjadi tulang belakang perkhidmatan penghantaran Krispy Kreme, satu tanda kepada kekayaan warisan dan komitmen syarikat terhadap kualiti.

Sementara, cetakan kedua pula merakamkan pembungkusan donat setengah dozen yang lazat, mempamerkan perisa ikonik jenama dalam gaya retro-bergaya.

Menerusi kerjasama ini, ia bukan sekadar memperlihatkan perjalanan Krispy Kreme yang sudah berdekad, tetapi mesej utamanya adalah untuk menggabungkan pengalaman indah yang di antara keseronokan fesyen dan makanan.

Untuk mendapatkannya, koleksi edisi terhad Krispy Kreme X Christy Ng ini mula ditawarkan pada 22 Mac 2023 dan tersedia secara eksklusif di rangkaian fizikal Krispy Kreme berhampiran anda. Berikut adalah harga jualan beg:

Beg Tote Canvas Sahaja:

  • Harga jualan di rangkaian fizikal biasa RM59.00
  • Harga jualan di rangkaian Krispy Kreme Genting Sky Avenue, Genting Premium Outlet & KLIA RM69.00

Beg Tote Canvas Kombo 1 ( 1 kotak dengan 3 Donat Ramadan dan sebuah beg Krispy Kreme X Christy Ng)

  • Harga jualan di rangkaian fizikal biasa RM69.00
  • Harga jualan di rangkaian Krispy Kreme Genting Sky Avenue, Genting Premium Outlet & KLIA RM79.00

Beg Tote Canvas Kombo 2 ( 3 kotak dengan 3 Donat Ramadan dan sebuah beg Krispy Kreme X Christy Ng)

  • Harga jualan di rangkaian fizikal biasa RM89.00
  • Harga jualan di rangkaian Krispy Kreme Genting Sky Avenue, Genting Premium Outlet & KLIA RM99.00

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd