Pepsi, jenama air berkarbonat yang dikenali ramai, kini mengumumkan penjenamaan dan nafas baharu untuk logo mereka.
Logo baharu ini akan diperkenalkan secara berperingkat – bermula dari Amerika Utara pada tahun ini, dan diikuti secara global pada 2024.
Logo Pepsi baharu ini dilihat sedikit menyerupai dengan logo ketika era 1950-an serta 1990-an – tetapi kini tampak lebih moden.

Rekaan logo baharu ini juga dilihat akan lebih mesra bukan sahaja pada produk keluaran Pepsi, tetapi juga untuk penggunaan di laman web, media sosial dan sebagainya.
Dengan pengenalan logo baharu ini, sama-sama kita nantikan pelbagai pembaharuan, termasuk pada identiti, bungkusan produk, media sosial, pengiklanan dan sebagainya oleh Pepsi selepas ini.
