Carian
Tidak Hanya Fokus Fesyen, SHEIN Kini Menawarkan Variasi Rangkaian Produk Termasuk Keperluan Dapur
March 30, 2023 Lina Rosli

Apabila sudah memasuki bulan Ramadan, pasti ramai dalam kalangan individu yang sudah mula mencari persalinan untuk Aidilfitri yang bakal tiba kelak.

Oleh itu, SHEIN tidak ketinggalan dalam meraikan kemeriahan raya ini dengan menawarkan kelengkapan fesyen raya kepada warga Malaysia. Melaluinya, anda bukan sahaja boleh tampil trendy tetapi juga turut dapat menyerlahkan keperibadian diri dengan pelbagai gaya dan rekaan yang sesuai untuk musim perayaan ini.

Selari dengan penawaran baju raya untu tahun ini, SHEIN teruja dalam melancarkan kempen hari raya, ‘Bersiap untuk berhari raya bersama rakan dan keluarga anda dengan SHEIN’ bagi membawakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para pembeli.

Menjelang hari yang bermakna dan penuh keriangan ini bagi permulaan baharu, SHEIN berhasrat untuk memupuk kasih sayang, kegembiraan, dan semangat muhibbah di antara keluarga dan rakan-rakan.

Anda boleh memilih pakaian yang digemari untuk disuaipadankan secara “mix and match”. Dan dari pemadanan pakaian-pakaian tersebut, anda boleh menggayakan semula pakaian dan mencipta gaya perayaan yang baharu.

Untuk pengetahuan anda, tahun ini di SHEIN, mereka hadir dengan koleksi hari raya yang memfokuskan kepada pakaian sopan yang berwarna terang serta menampilkan berkepelbagaian yang merangkumi budaya Malaysia. Daripada rekaan busana yang ranggi kepada siluet feminin yang lembut, SHEIN mempunyai segalanya untuk melengkapkan busana dalam gerobok pakaian anda.

Selain itu, SHEIN turut akan menawarkan diskaun sehingga 90% dari 4 April hingga 10 April 2023, dengan penghantaran percuma untuk semua pesanan yang dibuat bermula 1 April hingga 4 April 2023.

Selain pakaian, SHEIN juga merupakan sebuah destinasi gaya hidup yang dapat memenuhi semua keperluan yang lain. Bukan sahaja koleksi fesyen yang menarik, SHEIN juga menawarkan pelbagai pilihan produk kelengkapan rumah, produk kecantikan dan penjagaan kulit untuk memeriahkan lagi perayaan anda.

Oleh yang demikian, pada hari raya ini, jadikan SHEIN sebagai kedai sehenti anda untuk mendapatkan semua keperluan perayaan anda – daripada fesyen, hiasan rumah, keperluan dapur, produk kecantikan dan penjagaan kulit dan banyak lagi. Layari laman web rasmi SHEIN untuk mengetahui tentang pelbagai produk yang tersedia di sana.

Komen