Carian
JAKIM Dijangka Akan Memperkenalkan Kaedah Pengeluaran Sijil Halal Yang Lebih Efisien
March 31, 2023 Lina Rosli

Menerusi kenyataan media yang dikongsikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 30 Mac 2023, mereka akan menambahbaik proses pengeluaran sijil halal agar lebih mudah dan efisien kepada pemohon.

Menurut JAKIM lagi, mereka telahpun mendapat perkenan Majlis Raja-Raja dan dijangka akan hadir dengan kaedah dan mekanisme yang lebih sistematik bagi memenuhi kehendak pasaran tempatan dan antarabangsa tanpa mengabaikan aspek pematuhan hukum dan standard yang ditetapkan.

Perkara ini merujuk kepada kepada cadangan Timbalan Perdana Menteri 1, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 23 Mac lalu yang menyarankan agar proses pengeluaran pensijilan halal Malaysia perlu diteliti semula bagi memberi kemudahan kepada industri.

Komen