Hingar Bunyi Akibat Trafik Boleh Meningkatkan Risiko Hipertensi Individu Yang Tinggal Di Kawasan Berhampiran

March 31, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Siapa sahaja yang menyukai pengalaman tersangkut di dalam kesesakan trafik. Lebih-lebih lagi sekiranya ia berlaku sepanjang waktu anda berada di atas jalan, iaitu sama ada ketika pergi dan pulang dari tempat kerja, ataupun ketika hendak pulang ke kampung halaman.

Dan tahukah anda, perkara ini bukan sekadar hanya dialami oleh pemandu di dalam kereta, tetapi individu yang tinggal berhampiran dengan jalan raya yang mana mereka sebenarnya pada setiap masa akan mendengar bunyi hon dan putaran enjin dari kenderaan di jalan.

Baru-baru ini, kajian mendapati bahawa pencemaran bunyi akibat trafik di jalan raya boleh meningkatkan tekanan darah penduduk yang tinggal berhampiran jalan raya.

Menggunakan data kesihatan daripada pangkalan data bioperubatan UK Biobank yang melibatkan individu berumur 40 hingga 69 tahun yang pada mulanya tidak mengalami hipertensi, hasil kajian yang diterbitkan dalam jurnal JACC: Advances memperlihatkan individu yang tinggal berhampiran hingar lalu lintas jalan raya bukan sahaja lebih berkemungkinan untuk mengalami tekanan darah tinggi, dan risiko hasil ini meningkat selari dengan “dos” bunyi bising.

Tahap bunyi yang lebih tinggi boleh menyebabkan risiko peningkatan tekanan darah yang lebih tinggi

Untuk pengetahuan anda juga, kawasan yang bising cenderung mempunyai tahap pencemaran udara yang tinggi juga. Dan apabila anda tinggal di kawasan yang bising dan tercemar, ia sekaligus meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.

Maka, disebabkan itu, individu yang mempunyai pendedahan tinggi kepada bunyi lalu lintas jalan raya dan pencemaran udara mempunyai risiko tekanan yang paling tinggi.

Setakat ini, tiada solusi yang kukuh untuk anda mengatasi isu ini. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mengukur tahap tekanan darah anda secara berkala dan menguruskannya sebaiknya bagi mengurangkan risiko peningatakan tekanan darah anda.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd