Bermula 30 Mac 2023 sehingga stok masih ada, dUCk dengan kerjasama Starbucks Malaysia telah hadir dengan koleksi kolaborasi 2.0 edisi terhad kepada umum yang dikenali sebagai dUCk + Starbucks Geometric Collection.
Menawarkan rekaan eksklusif pada dua item harian popular individu iaitu tudung (shawl) dan tumbler, koleksi kali ini hadir bagi memeriahkan Ramadan 2023 dengan warna ikonik The dUCk Group iaitu warna ungu yang lebih terang berbanding koleksi sebelum ini.
Manakala dari segi rekaan pula, ia menampilkan ilustrasi abstrak moden yang menggabungkan beberapa bentuk, garisan dan warna untuk tampil lebih versatile.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, berikut adalah harga jualan bagi setiap item yang bakal ditawarkan di semua rangkaian kafe Starbucks di seluruh Malaysia:
- dUCk + Starbucks Geometric Tumbler – RM92
- dUCk + Starbucks Geometric Stainless Steel Tumbler – RM182
- dUCk + Starbucks Geometric Shawl with Charm – RM382
Selain daripada koleksi fesyen, kolaborasi dUCk + Starbucks turut memperkenalkan kad edisi terhad dengan nilai pengaktifan kad minimum RM100 bagi setiap satu kad.