Lina Rosli Diterbitkan 31 March 2023

Bufet Ramadan IKEA 2023 Boleh Dinikmati Pada Harga RM39.90

Bersempena Ramadan ini, nampaknya anda boleh menikmati menu bufet istimewa di IKEA bermula hari ini iaitu 27 Mac hingga 20 April 2023 untuk cawangan Batu Kawan. Manakala di Cheras, Damansara dan Tebrau pula boleh dinikmati bermula 3 hingga 20 April 2023.

Menurut perkongsian di laman rasmi IKEA, tawaran harga untuk pelanggan yang berminat adalah cukup berbaloi iaitu:

  • Dewasa – RM39.90
  • Kanak-kanak 4 hingga 12 tahun – RM14.90
  • Kanak-kanak bawah 4 tahun – Percuma

Menarik bukan? Untuk mula menikmati bufet Ramadan ini, anda boleh mendapatkan dan menempah tiket di kaunter IKEA Restaurant atau Swedish Food Market yang terdapat di setiap rangkaian dan memperolehi baucar IKEA percuma bernilai RM20.

Harus diingatkan bahawa barisan untuk memasuki ke dalam restoran akan ditutup 15 minit sebelum waktu berbuka puasa yang mana ia memerlukan anda untuk tiba lebih awal bagi memudahkan penyediaan hidangan di setiap meja.

Bagi anda yang ingin mengetahui juadah menarik yang disediakan sepanjang Bufet Ramadan IKEA, tahun ini IKEA menampilkan menu istimewa iaitu Nasi Arab Special yang boleh didapati bermula 20 Mac hingga 22 April 2023.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi IKEA bermula hari ini.