Carian
Setelah 30 Tahun Bersama, Coca-Cola Malaysia Perbaharui Kerjasamanya Dengan GSC
April 3, 2023 Lina Rosli

Coca-Cola Malaysia telah memperbaharui kerjasamanya dengan rangkaian pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas (GSC). Dengan termeterainya perjanjian konsesi lanjutan ini, ia sekaligus mengukuhkan lagi hubungan perniagaan strategik yang terjalin sejak tiga dekad.

Dengan berlangsungnya penerusan kerjasama ini, GSC dijangka akan kekal menawarkan variasi pilihan minuman kegemaran ramai yang bukan sahaja terhad kepada Coke, tetapi termasuk minuman popular lain seperti Sprite, Fanta, A&W, Ayataka, rangkaian Heaven & Earth dan minuman buah-buahan yang menyegarkan iaitu Minute Maid Pulpy Orange.

Untuk menikmati kesemua minuman di bawah tawaran Coca-Cola ini, anda boleh mendapatkannya sama ada menerusi pesanan set kombo di kaunter atau set e-kombo yang ditawarkan secara pra-beli melalui laman web GSC atau aplikasi GSC.     

Selain itu, Coca-Cola dan GSC turut mengalu-alukan para pelanggan menyertai kempen terbaru sempena meraikan kerjasama strategik kedua-dua pihak yang mana ia hadir dengan hadiah istimewa edisi terhad iaitu sebuah skuter Vespa Coca-Cola yang unik dan elegan bakal menanti pemenang.

Bersempena Aidilfitri 2023 pula, GSC turut akan menganjurkan sebuah pameran wayang kulit yang menarik di Aurum Theatre, The Gardens Mall mulai 31 Mac hingga 8 Mei 2023. Dizahirkan oleh artis visual kontemporari tempatan dan pengasas bersama Fusion Wayang Kulit, Tintoy Chuo, pameran itu menggambarkan kisah dan evolusi perkongsian antara kedua-dua jenama tersebut, dengan sentuhan moden dalam tradisi yang diceritakan melalui seni wayang kulit.

Komen