IKEA Kongsi Petua Menjadikan Sambutan Aidilfitri Di Rumah Lebih Lestari Dan Meriah

April 3, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Sudah memasuki minggu ke dua dalam bulan Ramadan, pasti ramai yang sudah mula mempersiapkan rumah anda dengan beberapa keperluan baharu bagi menyambut Aidilfitri yang bakal tiba, bukan?

Oleh itu, untuk memudahkan anda mendapatkan hiasan dan dekorasi rumah idaman untuk musim perayaan ini, IKEA telah berkongsi 3 petua untuk menjadikan perayaan anda di rumah lebih mudah, lestari dan meriah. 

Selain ruang tamu, ruang dapur juga penting untuk diselenggara

Siapa sahaja yang tidak menyukai ruang dapur yang bersih, kemas dan tersusun. Ini kerana ia bukan sahaja akan menjadikan fikiran kita lebih tenang tetapi turut membuatkan setiap aktiviti di ruang dapur lebih lancar dan pantas.

Jika anda gemar memasak atau membuat kuih dan biskut raya anda sendiri, dapur yang tersusun pastinya akan membantu. Berbekalkan penyelesaian storan dan penyusun yang pintar, barangan akan lebih mudah dicari, sekaligus melancarkan lagi penyediaan makanan anda.

Sebagai permulaan, susun peralatan dapur dengan kemas dalam dulang kutleri yang boleh dimuatkan di dalam laci dapur anda. Kemudian, susun pantri dan peti sejuk dengan menggunakan bekas-bekas makanan, dan label setiapnya dengan jelas.

Di bawah adalah 3 kelengkapan di IKEA yang boleh anda dapatkan untuk ruang dapur rumah anda:

  • Penyusun atur kaunter atas dapur AVSTEGRM80
  • Penyusun boleh laras untuk laci UPPDATERARM39
  • Bakul RISATORPRM32

Serikan ruang kediaman anda kelengkapan kecil yang menarik

Tidak kira untuk berehat sendiri ataupun menerima kunjungan daripada orang tersayang, ambillah kesempatan Ramadan ini untuk menyerikan rumah anda menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Selepas mengemas ruang kediaman anda, perkara-perkara kecil seperti menukar sarung kusyen dan pinggan mangkuk, atau memasang barang hiasan dapat menyemarakkan suasana perayaan anda.

Oleh itu, antara koleksi kelengkapan dari IKEA yang boleh dimasukkan di dalam senarai belian anda adalah seperti edisi terhad GOKVÄLLÅ yang akan melengkapkan ruang kediaman anda dan mewujudkan detik-detik bermakna bersama dengan keluarga sempena musim perayaan ini. 

Di bawah adalah 4 kelengkapan GOKVÄLLÅ di IKEA yang boleh anda dapatkan untuk menyerikan rumah anda:

  • Sarung kusyen GOKVÄLLÅ RM25
  • Pinggan GOKVÄLLÅ RM19
  • Sangga penghidang GOKVÄLLÅ RM139
  • Lantera LED GOKVÄLLÅRM28/setiap unit

Pengurusan hidangan makanan yang lebih efisien

Semasa musim perayaan, tabiat pembaziran boleh dikatakan berada di tahap yang membimbangkan bagi kebanyakan individu. Terdapat banyak lebihan makanan yang sering dibuang apabila tidak diuruskan dengan baik.

Oleh sebab itu, perancangan dan pengambilan makanan secara berhemat adalah langkah mudah untuk mengurangkan pembaziran makanan. Dengan merancang menu untuk minggu hadapan, anda boleh menganggarkan bahan dan jumlah makanan yang diperlukan dengan lebih baik.

Pastikan ia disusun dengan kemas dalam peti sejuk kerana jika anda dapat melihatnya, anda akan pasti memakannya. Atau, anda boleh menggunakan penutup makanan yang boleh diguna semula untuk mengurangkan pembaziran makanan dan penggunaan pembungkus plastik sekali guna.

Di bawah adalah 2 bekas makanan berpenutup di IKEA yang boleh anda dapatkan:

  • Bekas Makanan Berpenutup  IKEA 365+RM40/3 unit
  • Penutup Makanan ÖVERMÄTTset 3 unit RM17

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd