Pada 2 April 2023 yang lepas, telah genap 2 tahun selepas pembukaan cawangan pertama Taco Bell yang mula bertapak di Cyberjaya, Malaysia.
Kini tidak hanya memfokuskan penawaran di sekitar satu lokasi kedai sahaja, jenama makanan segera Taco Bell telahpun hadir dengan 21 buah rangkaian cawangan yang boleh diakses di pelbagai lokasi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Penang dan Nilai.

Malah, sepanjang tempoh dua tahun beroperasi ini juga, Taco Bell Malaysia telah menyediakan hampir 2 juta hidangan Taco kepada rakyat Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, Taco Bell merupakan sebuah lagi restoran makanan segera yang dikendalikan oleh QSR yang mana sebelum ini jenama ini menampilkan rangkaian makanan seperti KFC dan Pizza Hut dibawahnya.

Bagi anda yang tidak begitu mengenali Taco Bell, ia adalah rangkaian makanan segera daripada California. Ia menyajikan makanan seperti taco, burrito, dan beberapa makanan istimewa lain yang ditampilkan khas untuk anda yang meminati makanan ala-ala Mexico.
Bersempena bulan Ramadan ini juga, Taco Bell mengumumkan yang mana beberapa cawangan terpilih mereka akan beroperasi sehingga jam 11 malam bagi memudahkan individu menikmati hidangan kegemaran mereka di Taco Bell sewaktu moreh.

Senarai cawangan Taco Bell yang beroperasi sehingga jam 11 malam:
- Taco Bell Bandar Baru Bangi
- Batu Kawan
- Bangsar
- TTDI
- Cyberjaya
- Wangsa Maju
- USJ Taipan
- Setiawangsa
- Bandar Sri Permaisuri
- Plaza Shah Alam
- Puchong IOI Boulevard
- City Junction, Penang
- Nilai Square
Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk merasai pengalaman dan menu baru yang ditawarkan di Taco Bell Malaysia dengan mula berkunjung ke rangkaian Taco Bell berdekatan anda bermula hari ini.