Susu Kurma Goodday x Siti Khadijah Kini Boleh Didapati Di 7-Eleven Di Semenanjung Malaysia
Lina Rosli
Susu Goodday telah memperkenalkan edisi susu berperisa kurma terbaru hasil kolaborasi dengan Siti Khadijah, jenama busana Muslim terkemuka tempatan. Selari dengan bulan Ramadan yang sedang berlangsung ini, minuman ini pastinya antara pilihan yang memuaskan untuk berbuka puasa.
Menarik mengenai kolaborasi ini, kotak pembungkusan Susu Kurma Goodday x Siti Khadijah juga direka dengan wajah yang premium dan minimalis selari dengan gaya Siti Khadijah.

Selain daripada itu juga, Goodday dilihat hadir dengan penggunaan bahan ekstrak sebenar buah kurma yang berkualiti tinggi dan kemudiannya dicampur dengan susu enak berkrim untuk memberikan manfaat nutrisi yang tinggi untuk berbuka puasa.
Bagi yang berminat, Susu Kurma Goodday x Siti Khadijah kini boleh didapati di semua cawangan 7-Eleven di Semenanjung Malaysia sahaja (kecuali Langkawi) untuk waktu yang terhad. Tersedia dalam paket 250ml ianya mudah dibawa ke mana-mana untuk kemudahan anda.
Sekiranya anda ingin mendapatkannya secara atas-talian, Susu Kurma Goodday x Siti Khadijah juga boleh didapati di platform e-dagang seperti Shopee Supermarket dan Foodpanda.