Berdasarkan perkongsian yang dikongsikan Karakuri, restoran makanan pantas Nando’s kini telah selasai menguji penggunaan robot untuk menggoreng kentang.
Robot itu dikenali sebagai /FRYR210 telahpun diuji di salah satu rangkaian Nando’s yang terletak di Park Royal, London.
Untuk pengetahuan anda, Nando’s ialah kumpulan restoran pertama di dunia yang mencuba automasi ketepatan tinggi Karakuri dalam menyediakan sajian kentang goreng ke peringkat seterusnya.
Hasil ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa robot /FRYR210 itu boleh menggoreng sebanyak 550 sajian kentang goreng dalam masa sejam.

Di dalam perkongsian itu juga, ia menunjukkan yang mana apabila kentang tersebut telah selesai digoreng, robot itu akan membawanya keluar dan kemudian menjatuhkannya ke dalam bekas untuk diambil oleh kakitangan restoran.
Menurut QSR Brands, faktor penggunaan alatan robotik ini adalah selari dengan objektif mereka untuk meningkatkan lagi kualiti, konsistensi dan ketersediaan kentang goreng Nando’s di samping memenuhi misi kelesatrian alam.