Tahukah anda pada April 2022 yang lalu, Swarovski bersama-sama dengan BMW hadir dengan satu model kenderaan yang menggunakan lampu kristal?
Dengan menggabungkan kepakaran masing-masing, Swarovski dan BMW kini telah menetapkan standard baharu di jalan raya dalam segmen mewah dengan menawarkan lampu kenderaan yang diperbuat daripada kaca kristal.

Menurut Ketua Reka Bentuk Cahaya Luaran BMW, beliau menyatakan bahawa berbeza dengan lampu dengan jalur cahaya homogen yang biasa, lampu yang dihasilkan daripada kristal adalah bertentangan sepenuhnya dengan itu. Ia menampilkan imej cahaya terang yang mempesonakan selain turut menunjukkan cahaya tepat dan halus.

Berdasarkan imej yang dikongsikan, lampu pada BMW i7 ini dilengkapi dengan kontur berbentuk buah pinggang dan sistem lampu dua bahagian. Bahagian kristal dalam sistem ini dipasang pada setiap sisi yang juga disokong oleh panel lampu LED yang boleh dikawal secara individu.
Tambah Swarovski pula, semua kristal yang digunakan di dalam proses penyediaan lampu ini bukan sahaja yang dihasilkan untuk BMW, tetapi juga merupakan Advanced Crystal yang dibuat di Austria, bebas plumbum dan dihasilkan daripada binaan lestari.