Kolaborasi Epik Antara Indofood Ice Cream Dan Indomie – Choc Rocks Cone Edisi Terhad
April 6, 2023
Uncategorized
Lina Rosli
Menampilkan kolaborasi yang unik, Indofood Ice Ceam bersama-sama dengan jenama mi segera popular dari Indonesia, Indomie, telah hadir dengan satu produk edisi terhad iaitu aiskrim Choc Rocks Cone Indomie.

Menurut Indofood Ice Cream, aiskrim ini hadir dengan rasa yang berkrim. Melengkapkannya adalah gabungan perasa yang manis dan rangup, menjadikan aiskrim ini hidangan yang sangat sesuai dinikmati sewaktu hari panas.
Walau bagaimanapun, Choc Rocks Cone Indomie ini masih lagi terhad untuk pasaran Indonesia sahaja. Dan masih tiada berita berkenaan penawarannya untuk pasaran luar, lebih-lebih lagi Malaysia.