Krispy Kreme Memperkenalkan Santapan Raya – Donut Dengan Tema Kuih Raya

April 7, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Kebiasaannya, donut yang sering dijumpai menampilkan toppings universal seperti coklat, kekacang, gula glazed, oreo dan sebagainya. Namun, pernahkah anda mencuba donut dengan toppings yang bertemakan kuih raya?

Jika belum, inilah masanya untuk anda mencuba hidangan donut terbaru daripada Krispy Kreme menerusi edisi Santapan Raya. Menerusinya, anda boleh menikmati 3 pilihan donut yang unik dan berbeza iaitu:

  • Donut Pandan Kek Lapis
  • Donut Conflakes Madu
  • Donut Kacang Mazola

Selain daripada menawarkan donut dengan doh yang gebu, Krispy Kreme kali ini membawa anda kembali untuk mengimbau nostalgia Aidilfitri dengan barisan kuih-kuih tradisional yang popular. Katanya, selain dipadankan dengan gula, penggemar boleh mempelbagaikan lagi citarasa mereka menerusi pilihan donut raya yang telah ditawarkan dengan pelbagai hiasan, rekaan dan juga adunan.

Untuk mencubanya, anda boleh kunjungi ke rangkaian fizikal Krispy Kreme berdekatan anda bermula hari ini sementara stok masih ada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd