Courtyard by Marriott Buka Hotel Ke-3 Di Melaka – 15 Minit Dari Lapangan Terbang

April 10, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Courtyard by Marriott, sebahagian daripada portfolio hartanah Marriott Bonvoy kini secara rasmi membuka pintunya di Melaka. Menampilkan ruang yang canggih lagi selesa, Courtyard by Marriott Melaka akan menyediakan layanan kontemporari Asia di tengah-tengah Bandaraya Warisan Dunia UNESCO.

Untuk pengetahuan anda, ia merupakan hotel ketiga Courtyard by Marriott yang mana sebelum ini Courtyard by Marriott pertama dibuka di Penang pada 2018 dan Courtyard by Marriott Setia Alam pada 2022. Menurut Marriott, menerusi pembukaan Courtyard by Marriott Melaka, mereka akan terus komited dalam menyediakan dan memberikan tawaran yang lebih pelbagai kepada tetamu mereka di Malaysia.

Courtyard by Marriott Melaka, yang dimiliki oleh Yong Tai Berhad, adalah pilihan yang ideal untuk pengembara perniagaan dan percutian untuk menerokai bandar warisan Melaka yang menawan. Dengan lokasi utama hotel hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, hotel ini berfungsi sebagai pangkalan yang ideal untuk pelawat.

Hotel ini juga menyediakan akses yang tiada tandingan ke tarikan bersejarah di bandar ini, daerah membeli-belah dan tempat makan jalanan tempatan termasuk Tapak Warisan Dunia UNESCO St. Paul’s Hill, struktur bersejarah Stadthuy yang dikenali sebagai Dataran Merah, Melaka Riverfront dan Jonker Street.

Tawaran Dan Servis Courtyard by Marriott Melaka

Bagi pengembara perniagaan, Courtyard by Marriott Melaka adalah sebuah oasis moden dengan ruang kontemporari untuk berehat dan bertenaga semula. Hotel ini hadir dengan 287 bilik dan suite yang serba lengkap direka bentuk dengan mengutamakan keselesaan tetamu.

Bilik-bilik ini juga menampilkan warna bumi yang harmoni dengan palet hangat dan neutral, menambahkan ketenangan dan kecanggihan untuk sebarang penginapan. Tawaran lain dari Courtyard by Marriott Melaka termasuklah:

  • Dilengkapi dengan televisyen pintar 55 inci
  • Wi-Fi berkelajuan tinggi tersedia di seluruh hotel
  • Pusat kecergasan 24 jam hotel
  • Akses kepada kolam renang infiniti luaran

Selain itu, Courtyard by Marriott Melaka juga menawarkan pelbagai ruang serba boleh seluas 1,650 meter persegi, terdiri daripada lima bilik mesyuarat dengan cahaya siang semula jadi, serta Grand Ballroom tanpa tiang setinggi 7 meter yang boleh menampung sehingga 1,000 tetamu.

Grand Ballroom juga dibahagikan dengan tiga bilik majlis berasingan menjadikannya tempat yang sesuai untuk majlis perkahwinan, acara korporat dan perhimpunan sosial.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd