Carian
4 Resipi Kopi Istimewa Dari Nespresso – Inspirasi Dari Rangkaian Barista Creations For Milk
April 10, 2023 Lina Rosli

Bersempena Ramadan ini, Nespresso telah mencipta empat resipi kopi eksklusif dengan teliti yang diinspirasikan oleh rangkaian Barista Creations for Milk yang diperbaharui. Bagi yang ingin mencuba, di bawah adalah resipi unik dari Nespresso yang boleh anda cuba:

#1 Nespresso Pandan Perantauan

Berikut adalah bahan-bahan yang perlu anda sediakan:

  • Barista Creations Nocciola(40ml)
  • Serbuk coklat (5g)​
  • Sirap Pandan (15ml)​ (Boleh gunakana jenama Monin)
  • Susu (60ml)​
  • Cawan Lungo (View)
  • Mesin Nespresso Barista

Cara penyediaan Nespresso Pandan Perantauan:

  1. Tambah sirap pandan dan susu ke dalam mesin Nespresso Barista dan pilih mod “Latte Macchiato”.​
  2. Tuangkan adunan ke dalam cawan Lungo.
  3. Kemudian, bancuh kapsul Barista Creations Nocciolain ke dalamnya.​
  4. Taburkan serbuk coklat di atasnya.
  5. Hiaskan dengan daun pandan sebagai hiasan.

#2 Nespresso Kueh Pagi Raya

Berikut adalah bahan-bahan yang perlu anda sediakan:

  • Barista Creations Ciocolatino(40ml)​
  • Santan (30ml)​
  • Susu (15ml)​
  • sirap Gula Melaka (15ml)
  • Hiasan Gula Melaka Parut​
  • Ais (2 x 30g)
  • Gelas Lungo (Reveal)
  • Mesin Nespresso Barista

Cara penyediaan Nespresso Kueh Pagi Raya:

  1. Tuangkan sirap gula melaka, santan dan susu ke dalam mesin Barista dan tekan “Iced Frappe”.
  2. Tambah ais dan bancuh 1 kapsul Barista Creations Cioccolatino ke dalam gelas Reveal Lungo.
  3. Tuangkan adunan dari mesin Barista ke dalam gelas
  4. Parut dan hiaskan sedikit gula melaka di atasnya.

#3 Nespresso Beraya Dengan Bandung

Berikut adalah bahan-bahan yang perlu anda sediakan:

  • Barista Creations Vaniglia (40ml) ​
  • Susu (60ml) ​
  • Sirap ros (15ml)​ (Jenama Monin boleh digunakan)
  • Ais (30g)
  • Gelas Lungo​ (Reveal)
  • Mesin Nespresso Barista

Cara penyediaan Nespresso Kueh Pagi Raya:

  1. Bancuh Barista Creations Vaniglia dan tambah 1 kiub ais ke dalam mesin Barista. Pilih mod “Ice Nitro”.
  2. Masukkan sirap ros dan sedikit ais ke dalam gelas Reveal Lungo.
  3. Masukkan susu ke dalam gelas.
  4. Tuangkan adunan dari mesin Barista ke dalam gelas.

#4 Nespresso Seharum Kasturi

Berikut adalah bahan-bahan yang perlu anda sediakan:

  • Barista Creations Caramello (40ml)​
  • Limau Kasturi (½ Limau nipis)​
  • Buah Markisa Segar (½ Buah)​
  • Sirap Buah Markisa Monin (15ml)​
  • Air Berkilauan (60ml) ​
  • Hiasan Batang Serai Ditumbuk​
  • Ais (3 x 30g)
  • Cawan Lungo (View)
  • Shaker

Cara penyediaan Nespresso Seharum Kasturi:

  1. Masuk dan kacau perahan limau kasturi dan perahan markisa ke dalam gelas.
  2. Kemudian, masukkan sirap markisa.
  3. Masukkan ais ke dalam cawan.​
  4. Tuangkan campuran air perahan bersama Barista Creations Caramello yang telah dibancuh ke dalam shaker dan goncang.
  5. Tuang adunan ke dalam gelas
  6. Akhir sekali, hiaskan dengan batang serai yang telah ditumbuk.

Menarik bukan, cadangan resipi unik dari Nespresso ini? Sekiranya anda mencubanya di rumah, jangan lupa untuk kongsikan hasilnya bersama Nespresso Malaysia.

Selain itu, mulai hari ini hingga 23 April 2023, penggemar kopi boleh menebus Set Paket Nespresso Raya percuma apabila mereka membuat pembelian dari semua butik dan tapak web Nespresso. Sementara itu, pelanggan juga boleh membawa pulang Kit Nespresso Barista percuma dengan membeli sekurang-kurangnya 100 kapsul.

Nespresso juga turut menawarkan promosi dan diskaun menarik untuk mesin kopinya mulai hari ini hingga 9 Mei 2023.

  • Set Eksklusif Essenza Mini Bundle pada harga RM799
  • Set Hadiah Lattissima One pada harga RM1,349
  • Set Hadiah Atelier pada harga RM1,449
  • Set Hadiah Lattissima Touch pada harga RM1,549
  • Set Hadiah Eksklusif CitiZ Edisi Terhad pada harga RM999 (sah sehingga 23 April 2023)

Untuk koleksi hadiah Barista Creations for Milk ini boleh didapati di Butik Nespresso di The Gardens Mall, Pusat Beli-belah 1 Utama, Sunway Pyramid, Pavilion Kuala Lumpur, 163 Retail Park Mont Kiara, dan Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Anda juga boleh mendapatkannya melalui aplikasi mudah alih Nespresso atau laman rasmi Nespresso (www.nespresso.com).

Komen