Tampil dengan rekaan kulit baharu yang kelihatan lebih klasik dan dalam pada masa yang sama menyelitkan sedikit elemen minimalis dan corak yang oriental yang moden, Maggi Mi Goreng Cili Ala Kampung versi baharu ini boleh mula didapati di kebanyakan pasaraya, kedai runcit dan vendor maggi berdekatan anda.

Berdasarkan video promosi yang dikongsikan di laman sosial Maggi, jenama ini nampaknya masih mengekalkan lagi warna jingga yang digunakan pada bahagian label perisa pek.

Perkara ini berkemungkinan besar bertujuan untuk memudahkan pengecaman perisa yang ditawarkan oleh Maggi kepada umum. Sebagai contoh warna hijau cukup dikenali sebagai warna untuk perisa ayam, manakala merah untuk perisa kari dan ungu untuk perisa tomyam.

Bagi anda yang berminat, Maggi Mi Goreng Cili Ala Kampung ini menyajikan hidangan yang seimbang dari segi rasa pedas, manis dan masinya. Untuk mendapatkannya, mi goreng segera ini dijual pada harga RM6.15 untuk pek 75gX5.