Bagi anda yang menggemari makanan istimewa Jepun ini, Sushi King kini menawarkan bufet sempena Ramadan ini bermula 14 hingga 20 April 2023.

Anda boleh menikmati pelbagai sajian dan hidangan kegemaran anda tanpa had pada harga yang berbaloi. Untuk bufet Sushi King ini, anda boleh menikmatinya pada harga RM54.90 untuk dewasa, sementara RM26.45 untuk kanak-kanak dan warga emas. Walau bagaimanapun, ini harga istimewa untuk ahli kad Sushi King sahaja.

Sementara, untuk bukan ahli, harga bufet Sushi King ini ditawarkan pada harga RM62.90 untuk dewasa dan RM30.45 bagi kanak-kanak dan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.

Antara menu menarik yang boleh anda nikmati termasuklah Norwegian Salmon, Salmon Menchi, Surimi Scallop, Yakiniku, Fry Roll, Unagi Slice, Ebi Fru, Chicken Cheese dan banyak lagi.