Bagi peminat minuman Tealive, jenama minuman teh mutiara popular ini telah melancarkan siri minuman baharu yang ekstrem iaitu Coco Xtreme yang mana siri ini menyajikan air minuman dengan tambahan Milo padanya.
Bagi yang berminat, anda boleh menikmati 3 pilihan minuman yang ditawarkan iaitu:
- Bang Bang with Milo & Pearl
- Signature Crunchie Smoothie with Milo & Pearl
- Matcha Crunchie Smoothie with Milo & Pudding
Untuk kesemua minuman ini, Tealive telah menggandingkan rasa coklat dari Milo bersama-sama dengan toppings menarik iaitu serbuk Milo, mutiara (pearl) dan juga pudding.

Bagi anda yang menggemari kesegaran rasa minuman dalam siri Coco Xtreme ini, maka jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal mencuba menu terbaru daripada Tealive. Kongsikan pengalaman mencuba Bang Bang with Milo & Pearl, Signature Crunchie Smoothie with Milo & Pearl dan Matcha Crunchie Smoothie with Milo & Pudding anda bersama pembaca Tajria bermula hari ini.
Untuk mendapatkannya, anda boleh membuat pesanan di rangkaian fizikal Tealive berdekatan atau layari aplikasi Shopee Food, GrabFood dan juga FoodPanda.