Carian
Spritzer Ingin Menjadikan Air Mineral Sebagai Medium Baharu Produk Penjagaan Kulit
April 13, 2023 Lina Rosli

Jenama air mineral Spritzer telah melancarkan satu kempen baharu dengan mesej “Menyuburkan kulit awet muda dari dalam”. Menerusi kempen ini, Spritzer telah mula mengetengahkan tentang kepentingan air mineral dalam mendapatkan kulit yang tampak lebih muda.

Menampilkan mineral silika sebagai bahan utama di dalam produk Spritzer, ia dilihat menawarkan banyak manfaat ke atas kesihatan.

Antaranya termasuklah silika bertindak dalam memberikan kekuatan dan kelenturan pada tisu penghubung badan individu seperti rawan, tendon, kulit, tulang, gigi, rambut dan saluran darah. Malah, silika juga penting dalam pembentukan kolagen, protein yang paling banyak terdapat dalam badan anda.

Dengan ini, peranan silika di dalam produk Spritzer dijangka akan membantu jenama ini dalam mengubah persepsi pengguna bahawa air mineral jenama itu hanyalah penghilang dahaga tetapi juga untuk kulit yang lebih sihat dan awet muda.

Tambah Syahriza Badron yang merupakan pengurus besar FCB SHOUT, agensi kreatif yang bertanggungjawab dalam mencipta semula imej baharu untuk Spritzer, amalan penjagaan kulit adalah pilihan yang paling berdaya maju dan strategik untuk mendidik pelanggan tentang kebaikan silika. Ia adalah subjek umum yang menarik minat mereka dan sekaligus menjadikannya pintu masuk yang sempurna untuk menyampaikan mesej tentang kelebihan air mineral Spritzer kepada pengguna.

Komen