Carian
Cara Mengekalkan Bau Tuala Kekal Segar Tanpa Menggunakan Peluntur
April 14, 2023 Lina Rosli

Tuala adalah salah satu pakaian atau kelengkapan mandian yang paling penting untuk individu. Ia sama ada digunakan untuk pembersihan mahupun mengeringkan badan selepas mandi.

Untuk pengetahuan anda, tuala lembap terdedah kepada pertumbuhan bakteria, yang menyebabkan bau “hapak” atau “masam”.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang boleh anda praktikkan untuk anda melambatkan pertumbuhan bakteria menerusi pendekatan holistik terhadap masalah tersebut. Berikut adalah langkah yang boleh anda cuba untuk mengekalkan bau tuala kekal segar tanpa menggunakan peluntur

Kerap Bersihkan Mesin Basuh

Jika anda selalu membersihkan tuala dan pakaian yang kotor di dalam mesin basuh, kemungkinan besar anda akan menghadapi masalah untuk menghilangkan bau busuk sepenuhnya pada baju.

Oleh itu, perkara yang paling penting untuk anda lakukan adalah dengan memastikan mesin basuh anda sendiri bersih. Hal ini kerana, setiap individu akan menanggalkan kira-kira 1 bilion sel kulit mati setiap hari. Dan kawasan yang menjadi tempat pengumpulan sel ini adalah di pakaian, tuala, dan mesin basuh anda.

Jadinya, sebelum membasuh tuala anda, lakukan cucian dengan beban kosong menggunakan ¼ cawan sabun pembersih untuk membasmi kuman di bahagian dalam.

Lakukan Deep Cleaning Untuk Cucian Tuala

Adalah penting untuk mencuci tuala kotor anda menggunakan mod deep cleaning. Anda disarankan untuk mencuci dengan jumlah beban yang sedikit iaitu tidak lebih daripada tiga tuala dalam air panas pada tetapan yang paling lama.

Gunakan sabun pembersih biasa bersama penggalak seperti cuka, pelembut fabrik yang boleh anda tambahkan ke dalam cucian. Pastikan anda mengeluarkan tuala dari persekitaran hangat mesin basuh dengan cepat atau bakteria akan mula membiak dalam masa satu hingga dua jam. Dan pastikan tuala kering sepenuhnya.

Membersihkan Diri Sendiri Dengan Teliti

Gosok badan anda dengan teliti menggunakan sabun semasa mandi terutamanya di bahagian yang kerap berpeluh, seperti kaki, ketiak, dan pangkal paha. Kebersihan yang baik di bilik mandi adalah kritikal. Sesetengah orang termasuk kebanyakan kanak-kanak tidak mencuci dengan bersih semasa mandi. Ini sekaligus menyebabkan bakteria daripada peluh dan minyak badan akan dipindahkan ke tuala anda.

Pastikan Gantung Semua Tuala Selepas Menggunakannya

Jadikan amalan menggantung semula tuala basah selepas digunakan sebagai tabiat harian. Sidaikan dengan baik tuala lembap di rak atau ampai tuala.

Elak daripada membiarkan tualan lembap dihamparkan di lantai tidak kira di dapur atau bilik mandi untuk dikeringkan. Ini kerana daki dan sel mati yang terkumpul hanya membuatkan keadaan tuala bertambah buruk jika tidak dikeringkan sepenuhnya antara penggunaan.

Kerap Tukar Dan Cuci Tuala

Jika tuala terus berbau, ini bermakna bakteria masih berada di dalam mesin atau tuala anda. Lakukan pembersihan mesin basuh sekali lagi menggunakan sabun basuh atau basuh tuala kali kedua untuk membuang bakteria degil.

Ingat, basuh tuala anda dengan kerap dan gunakan tuala mandi tidak lebih daripada tiga hingga tujuh kali seminggu antara cucian.

Komen