Sebelum ini, untuk sambutan Aidilfitri 2022, jenama jam Ice Watch telah hadir dengan koleksi raya eksklusif yang memperlihatkan rekaan yang sinonim dengan kemeriahan raya iaitu Ice Flower Collection. Hadir dengan 5 rekaan berbeza, kesemua jam ini hadir dengan motif corak bunga bertepatan dengan keindahan raya yang digambarkan seperti mekarnya bunga di pagi hari.
Namun untuk tahun 2023, Ice Watch nampaknya kembali dengan rekaan yang lebih minimal selain menggunakan warna-warna yang lebih gelap dan maskulin untuk lelaki dan warna pastel dan cerah untuk wanita. Memfokuskan kepada tema angkasa lepas, Ice Watch hadir dengan 6 rekaan jam yang bersinar seperti bintang menerusi koleksi Ice Cosmos.

Direka khas dengan penampilan batu kristal berkilau yang dihiaskan pada bahagian tubuh jam iaitu sama ada di bahagian muka jam ataupun pada luar cermin jam.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan koleksi terbaru daripada Ice Watch ini iaitu Ice Cosmos Collection ini ditawarkan dalam dua saiz berbeza iaitu 34mm dan 40mm. Anda boleh membelinya pada harga RM489 seutas. Antara 6 model jam yang ditawarkan adalah White Crystal, Almond Skin Shades, Celest Clay, Black Crystal, Black Golden dan Blue Infinity.
Selain Ice Cosmos, jenama jam tangan popular ini juga turut membawakan kepada anda koleksi baharu iaitu Ice Chrono. Menerusi koleksi ini, ia hadir dengan rekaan jam yang lebih rugged sesuai untuk anda yang menggemari jam tangan dengan muka dail yang kompleks bersama butang jam yang lebih banyak pada bahagian tepi.


Untuk koleksi Ice Chrono, kesemuanya ditawarkan dalam dua saiz berbeza iaitu 44mm dan 48mm. Anda boleh membelinya pada harga RM669 seutas. Antara 6 model jam yang ditawarkan adalah Black Rose Gold, Blue Rose Gold, Khaki Orange, Dark Blue Red, Neon Yellow dan Orange Blue.