Tips Elak Dehidrasi Sewaktu Musim Panas – Tingkatkan Pengambilan Buah Dan Sayuran
Lina Rosli
Dehidrasi adalah perkara biasa semasa musim panas. Walaupun begitu, jika pendedahan kepada suhu yang panas ini berlaku terlalu kerap, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada tubuh.
Untuk pengetahuan anda, dehidrasi boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk berpeluh berlebihan, tahap kelembapan yang tinggi, pendedahan kepada cahaya matahari yang melampau dan tidak minum air yang mencukupi. Kesannya, anda boleh mengalami:
- keletihan
- pening dan sakit kepala
- masalah penghadaman.
Sudah menjadi tabiat umum orang ramai, cara mudah untuk memastikan diri anda terhidrat adalah dengan meminum air yang mencukupi. Akan tetapi, tahukah anda bahawa mungkin terdapat makanan dalam diet biasa juga boleh membantu anda mengekalkan status penghidratan yang mencukupi iaitu dengan mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai kandungan air yang tinggi

Contohnya, tembikai, buah berangan, peach, timun, tomato, saderi, salad dan zucchini. Salah satu cara paling mudah untuk mengambilnya adalah dengan menyediakannya di dalam salad harian atau anda boleh menghidangkannya sebagai minuman seperti smoothie, teh atau sediakannya bersama air kelapa, teh pudina dan minuman berperisa pudina.
Menurut pakar, buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan air membantu dalam penyerapan vitamin larut air yang lebih baik. Oleh sebab itu, adalah penting untuk anda mendapatkan vitamin C dan vitamin B kompleks untuk tubuh. Ini kerana ia akan membantu dalam mengekalkan kulit yang sihat dan mengawal keradangan.
Selain itu, salad yang digabungkan dengan kacang dan biji, adalah cara terbaik untuk memasukkan serat dan asid lemak yang penting dalam membantu mengurangkan beban glisemik makanan.

Jadi, apakah buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan air yang boleh anda dapatkan untuk mengurangkan dehidrasi? Berikut adalah senarai buah dan sayur yang boleh anda pertimbangkan dan semua ini selamat untuk pesakit kencing manis:
- Tembikai dan strawberi dalam bentuk semula jadi mempunyai 92 peratus air.
- Epal, oren, nanas, beri biru dan tembikai kasturi, semuanya mengandungi 85 hingga 88 peratus air.
- Timun dan tomato mempunyai 95 peratus air.
- Cendawan, salad dan bayam mengandungi 91 peratus air.
- Brokoli mempunyai 90 peratus air.