Senarai Airbnb Yang Boleh Anda Tempah Pada Raya Ini – Rumah Penginapan Tradisional Dengan Sentuhan Moden
Lina Rosli
Berdasarkan perkongsian Airbnb, mereka telah mengenalpasti destinasi dan bandar-bandar yang mendapat carian tertinggi di platform mereka dalam kalangan individu iaitu:
- Kota Kinabalu
- Johor Bahru
- Georgetown
- Kuching
- Alor Setar
Kelima-lima destinasi ini menjadi pilihan kebanyakan keluarga atas faktor penawaran kemudahan yang luas dari segi pilihan penginapan. Malah ia juga bersifat mesra keluarga yang sesuai untuk diakses oleh pengguna dengan bilangan ahli yang ramai dan berbilang keperluan selain ia turut menampilkan lokasi tarikan yang menarik dan unik.

Seperti yang anda maklum, kebiasaannya sewaktu musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, individu mengambil peluang ini untuk berjumpa dengan sanak saudara dan rakan taulan yang telah lama tidak berjumpa untuk berkumpul. Oleh itu, bagi mengelakkan kesesakan di dalam rumah induk keluarga, mereka cenderung mendapatkan rumah penginapan sendiri untuk keluarga kecil.
Selari dengan itu, perjalanan secara berkumpulan di Malaysia dilihat telah melonjak sebanyak 180 peratus di Airbnb tahun lalu berbanding tahun sebelumnya. Dan perjalanan keluarga di platform Airbnb juga meningkat sebanyak 60 peratus di seluruh dunia berbanding tahun 2019 pra pandemik.
Malah untuk musim Ramadan sahaja, Airbnb telah menyaksikan peningkatan hampir 600 peratus dalam carian penginapan di Malaysia. Bandar-bandar yang mendapat carian tertinggi musim perayaan ini termasuk Kota Kinabalu, Johor Bahru, Georgetown, Kuching dan Alor Setar.

Tambah Airbnb, antara kategori yang popular yang ditempah di Malaysia untuk perjalanan keluarga tahun 2021 adalah tropikal, rumah dengan kolam besar, pantai dan Taman Negara.
Penampilan tradisional dengan sentuhan moden
Bagi anda yang sedang mencari tempat penginapan yang menarik pada musim raya ini, Airbnb ada mencadangkan beberapa penginapan yang boleh anda pertimbangkan.
Apa yang menarik, setiap satunya menampilkan bilik tidur bergaya dengan bilik mandi en suite, patio persendirian dan dapur yang serba lengkap. Nikmati jamuan Raya yang menyelerakan dikelilingi oleh hiasan klasik dan juga semua keselesaan moden yang anda perlukan.
- Bayuh Sabbha Luxury Villa, Kudat
- Ghumah Chegu-Kampung House, Alor Setar
- Luxurious Heritage House, Georgetown
- George Town City Sanctuary, Georgetown


Sekirany anda mencari percutian yang menyegarkan, rumah-rumah kampung yang indah ini menawarkan persekitaran yang menenangkan sama ada memperlihatkan pemandangan panorama bukit yang subur menghijau, ladang teh ataupun sawah padi.
- Vila Kayu di Vila Kelapa Langkawi, Langkawi
- Vila Puncak Rimba Puncak Barat Timur, Bentong
- Mekar Homestay, Bahau
- Kampung House Near Tea House, ATV & Tea Plantation, Cameron Highlands