Apakah Kebaikan Cili Untuk Kesihatan?
Lina Rosli
Terdapat pelbagai jenis cili yang tersedia di pasaran. Dan walaupun anda boleh mendapatkan bermacam-macam kategori rasa yang anda inginkan, kebanyakan varieti cili ini menawarkan manfaat kesihatan yang serupa.
Untuk pengetahuan anda, sebahagian besar cili dilengkapi dengan capsaicin dan ia secara umumnya merupakan zat aktif yang berfungsi dalam memberikan sensasi pedas pada cili dan dalam pada masa yang sama turut hadir dengan beberapa nutrien lain yang penting dalam memberikan manfaat kepada individu.
Capsaicin secara semula jadi ditemui dalam banyak biji cili, seperti lada cayenne, cili merah, jalapeno, dan paprika. Ekstrak capsaicin digunakan secara meluas sebagai bahan tambahan atau aditif makanan untuk mengawet makanan atau memberi makanan rasa pedas.

Apakah Kelebihan Cili Kepada Kesihatan Individu?
Secara umumnya, antara nutrien di dalam cili yang bermanfaat untuk kesihatan termasuk karotenoid, seperti lutein, capsanthin dan zeaxanthin, dan pelbagai flavonoid, seperti quercetin dan luteolin.
Sebatian ini adalah antioksidan yang berkesan untuk mencegah dan mengurangkan keradangan di seluruh badan, serta bakteria berbahaya dan molekul radikal bebas penyebab penyakit.
Selain itu, cili juga menyokong sistem imun yang sihat. Menurut kajian, cili dikenali sebagai sumber terbaik yang menawarkan vitamin A dan vitamin C.
Dan kedua-duanya merupakan agen antioksidan yang meningkatkan imun selain turut membantu melindungi dan mengekalkan kesihatan mata. Manakala vitamin C pula membantu dalam menyerap zat besi dan menggalakkan penampilan kulit yang lebih berseri.


Seterusnya, cili juga membantu mengekalkan dan meningkatkan mikrobiom usus. Ini kerana berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan, ia menunjukkan bahawa capsaicin juga boleh menghalang pengeluaran asid sambil meningkatkan rembesan alkali dan lendir.
Malah, cili juga membantu mencegah dan merawat ulser perut selain turut berfungsi dalam merawat dan mencegah pelbagai jenis gangguan gastrousus.
Menurut pakar juga, cili boleh membantu membersihkan resdung tersebut. Dalam satu laporan umum, ia mendapati bahawa rawatan capsaicin intranasal membantu membersihkan rinitis idiopatik. Ia kebiasaannya berlaku kesan daripada bersin, kesesakan, dan titisan selepas hidung.
Akhir sekali, cili berkesan dalam meningkatkan metabolisma dan kesihatan metabolik. Buktinya, penghasil sensasi pedas ini membantu meningkatkan metabolisma. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa pengaktifan TRPV1 oleh capsaicin merangsang sel-sel lemak perang dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisma individu.