Anda Kini Boleh Mendapatkan Barangan Penjagaan Diri Di Watsons Menerusi Aplikasi Touch ‘n Go eWallet
Lina Rosli
Sebelum ini, Watsons pernah hadir dengan ciri Click & Collect yang ditawatkan kepada umum dalam memudahkan proses pembelian barangan keperluan di Watsons tanpa perlu beratur panjang di kaunter.
Untuk menggunakan ciri Click & Collect ini, anda hanya perlu:
- Muat-turun aplikasi Watsons MY di App Store atau Play Store.
- Kemudian, daftar atau log masuk ke dalam aplikasi.
- Tambah barangan yang ingin dibeli di dalam bakul.
- Pastikan anda memilih tab ‘Click & Collect Express’ dan tetapkan lokasi pengambilan barangan yang mudah untuk anda kunjungi.
- Akhir sekali, lakukan pembayaran sama ada menggunakan kad kredit, pembayaran atas-talian, Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go.
Kini tidak terhad kepada penggunaan aplikasi Watsons sahaja, anda juga boleh mendapatkan segala keperluan anda termasuk barangan kosmetik, penjagaan diri dan ubat-ubatan di Watsons dengan hanya memesannya menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet anda.

Untuk menggunakannya, anda boleh mendaftar masuk menggunakan akaun Watsons sedia ada atau mendaftar sebagai ahli baru sekiranya anda belum pernah menjadi ahli Watsons sebelum ini.
Selepas itu, pilih mana-mana barangan keperluan anda dan tambahkannya ke dalam bakul sebelum mula melakukan pembayaran. Selain daripada penghantaran ke rumah, anda juga boleh melakukan self-collect dan tetapkan lokasi Watsons yang berdekatan dengan rumah anda.
Untuk menggunakan ciri ini, anda boleh pergi ke bahagian Services>Watsons dan mula beli hari ini!