Kapal Terbang Kertas Yang Direka Jurutera Boeing Berjaya Terbang Sehingga Jarak 88 Meter – Memecahkan Rekod Dunia
Lina Rosli
Sebelum ini, pada April 2022, sekumpulan trio dari Korea Selatan telah hadir dengan kapal terbang kertas yang berjaya diterbangkan sehingga jarak 77 meter. Kejayaan tersebut telah direkodkan sebagai satu rekod dunia selepas hampir lebih satu dekad.
Walau bagaimanapun, rekod tersebut tidak bertahan lama apabila tiga orang jurutera Boeing telah menghasilkan satu prototaip kapal terbang kertas dan merekodkan penerbangan paling jauh iaitu sepanjang 88 meter.

Berdasarkan perkongsian CNN, kapal terbang ini direka berbeza sedikit dengan kapal terbang kertas yang lain yang mana dengan mengambil-pakai strategi fizik untuk menghasilkannya, trio jurutera Boeing ini memutuskan untuk menggunakan A4 yang lebih panjang sedikit daripada kertas bersaiz biasa yang juga disokong oleh faktor seperti lontaran yang tinggi dan kuat.
Ia kemudiannya, direka bentuk dengan teliti di samping mereka berjaya mengenalpasti sudut lipatan yang optimum iaitu 40 darjah bagi memberikan jarak yang terbaik untuk kapal terbang berkenaan.
Menepati pelbagai peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Pasukan Rekod Dunia Guinness, ketiga-tiga mereka telah ditetapkan berjaya di dalam memecahkan rekod untuk jarak penerbangan kapal terbang kertas paling jauh di dunia.
Namun begitu, pada penerbangan jarak yang memecahkan rekod, pesawat itu hanya berada di udara selama kira-kira 6 saat. Dan rekod kapal terbang kertas Guinness dengan masa yang terpanjang berada di udara pada masa ini ialah 29.2 saat yang telah dicapai oleh Takuo Toda (Jepun), di Fukuyama City, Hiroshima, Jepun, pada 19 Disember 2010.