Carian
Koleksi Christy Ng X DHL Menampilkan Item Fesyen Edisi Terhad – Parka, Sandal, Beg Tote Dan Banyak Lagi
April 20, 2023 Lina Rosli

Diinspirasikan oleh servis perkhidmatan kurier yang menghantar bungkusan barangan setiap hari, kurier DHL, Christy Ng bersama-sama dengan DHL telah hadir dengan koleksi fesyen baharu yang merangkumi beg, baju, kelengkapan diri dan banyak lagi yang menggunakan rekaan yang ringkas dan moden.

Untuk koleksi ini, Christy Ng dilihat menggunakan warna-warna klasik yang seakan sinonim DHL iaitu hitam, merah dan kuning. Dihadirkan dalam pelbagai bentuk dan saiz, kesemua item fesyen Christy Ng X DHL ini sesuai digayakan dalam kehidupan seharian di samping mengekalkan motif utama beg ini iaitu untuk memberi penghormatan kepada semua pekerja DHL yang sentiasa ada untuk menghantar pelbagai jenis bungkusan tidak kira di waktu hujan atau cerah.

Selari dengan itu juga, Christy Ng turut berkongsi komitmen yang sama untuk berusaha mencapai keseimbangan yang konsisten antara ekologi, ekonomi dan masyarakat dengan melakukan yang lebih baik untuk planet kita menerusi misi kelestarian dalam mengurangkan penggunaan plastik sekali guna satu langkah kecil pada satu masa.

Berdasarkan perkongsian dari laman rasmi Christy Ng, koleksi Christy Ng X DHL yang kini tersedia dalam beberapa saiz iaitu:

  • Christy Ng + DHL Parka RM249
  • Christy Ng + DHL Varsity Jacket RM229
  • Christy Ng + DHL Backpack RM199
  • Christy Ng + DHL Tote Bag RM179
  • Christy Ng + DHL Medium Tote Bag RM129
  • Christy Ng + DHL Thermo Bottle RM69
  • Christy Ng + DHL Slider RM89
  • Christy Ng + DHL Grocery Tote RM54
  • Christy Ng + DHL Mini Grocery Tote RM44
  • Christy Ng + DHL PU Card Holder RM79
  • Christy Ng + DHL PU Lanyard RM79
Komen