Carian
Sedang Mencari Kelengkapan Gaya Hidup Baharu? Tambah Jabra Evolve2 65 Flex Dan Speak2 75 Di Dalam Senarai Belian
April 27, 2023 Lina Rosli

Bagi anda yang sedang mencari-cari pelengkap kepada item pejabat anda, Jabra kini memperkenalkan kelengkapan gaya hidup hibrid baharu yang boleh anda dapatkan iaitu set fon kepala Jabra Evolve2 65 Flex dan pembesar suara Jabra Speak2.

Menurut Jabra, kini, lebih 33% individu telahpun mula bekerja dari rumah yang mana ia sedikit sebanyak telah menjejaskan keseimbangan kehidupan kerja. Di tambah lagi dengan deretan mesyuarat dan perbincangan yang perlu dilakukan, maka peralatan yang bersesuaian dan cekap haruslah sentiasa berada di dalam keadaan baik bagi menjamin kelancaran perlaksanaan tugasan.

Oleh itu, Jabra kini komited dalam mengekalkan keseimbangan kerja hibrid menerusi pengenalan siri baharu untuk pembesar suara dan juga set fon kepala enterprise yang boleh anda dapatkan untuk pelengkap item gaya hidup hibrid anda.

Untuk pengetahuan anda, siri Jabra Speak telahpun dilancarkan sejak tahun 2010 menerusi model yang dinamakan Speak 410. Dan kemudiannya, Jabra memperkenalkan pula Speak 750 yang merupakan model pembesar suara pertama mereka yang boleh dihubungkan pada Microsoft Teams.

Dan kini, pada tahun 2023, Jabra hadir dengan 3 model baharu menerusi siri Jabra Speak2 iaitu Jabra Speak2 40, Speak2 55 dan Speak2 75. Menurut Jabra, ciri menarik yang membezakannya produk mereka dengan yang lain adalah:

  • Jabra Speak2 75 hadir dengan lampu indikator yang menentukan suara atau audio telah berjaya didengari oleh pengguna lain
  • Jabra Speak2 75 juga menawarkan ciri unik yang membantu memberikan audio yang stabil dan sama bagi setiap suara individu yang berada di sekitar bergantung kepada tahap suara.
  • Selain itu, kesemua rangkaian Jabra Speak2 hadir dengan empat mikrofon beamforming terbina yang menyokong pembatalan hingar dengan teknologi inovatif pengurangan hingar latar
  • Ciri lain yang menarik termasuklah audio full duplex, penarafan IP64 untuk perlindungan daripada habuk dan air serta ketahanan bateri sehingga 32 jam hayat bateri untuk kegunaan tanpa wayar sewaktu mesyuarat di Microsoft Teams Rooms dan Zoom Rooms.

Selain pembesar suara, Jabra turut memperkenalkan set fon kepala enterprise iaitu siri Jabra Evolve2. Untuk pengetahuan anda, siri Evolve yang pertama telah dilancarkan pada 2014 dan seterusnya pada tahun 2018, Jabra memperkenalkan set fon kepala enterprise pertama yang mempunyai ANC iaitu Evolve 75.

Berdasarkan ujian ketahanan bateri pada model Jabra Evolve2 65 Flex, ia menawarkan hampir 30 jam hayat bateri secara keseluruhan, 28 jam sekiranya anda menggunakannya untuk mendengar lagu, 15 jam masa bercakap jika anda sedang bermesyuarat dan menggunakan mod ANC dan busylight.

Perkara yang paling menarik pada model terbaru dan membezakan Jabra Evolve2 65 Flex dengan yang lain adalah ciri Hibrid ANC. Apa itu Hibrid ANC (Hybrid Active Noice Cancelling)? Ia mempunyai mic yang boleh mengenalpasti hingar luar, membantu meneutralkan suara individu menerusi tambahan satu teknolohgi moden yang dipasangkan di dalam earcup. Melaluinya, ia membenarkan set fon kepala ini menuras audio dengan lebih baik.

Selain itu, pada Jabra Evolve2 565 Flex juga, ia menyertakan rekaan yang lebih tahan lasak selain membolehkan pengguna untuk menyambungkannya pada 2 peranti serentak sekaligus sama ada pada komputer riba dan telefon pintar dalam satu masa yang sama.

Akhir sekali, Jabra juga dilihat memperkenalkan Jabra Air Comfort yang merupakan kusyen telinga yang lebih lembut sesuai untuk penggunaan tempoh yang panjang serta Jabra Clear Voice yang memberikan hasil audio yang lebih berkualiti sesuai ketika berada di dalam pelbagai situasi sama ada di kafe, di dalam kapal terbang, di padang atau dewan dan lain-lain tempat yang anda pergi.

Untuk mendapatkannya, siri Jabra Evolve2 dan Speak2 kini boleh didapati pada harga:

  • Jabra Evolve2 50 Stereo RM1,180
  • Jabra Evolve2 55 Stereo RM1,580
  • Jabra Evolve2 65 Flex RM1,880
  • Jabra Speak2 40 RM1,080
  • Jabra Speak2 55 RM1,180
  • Jabra Speak2 75 RM2,380
Komen