Carian
Panduan Waktu Pengambilan Ubat Yang Betul – Bilakah Waktu Yang Patut Anda Ambil Ubat?
April 27, 2023 Lina Rosli

Adakah anda selalu mendapatkan ubat-ubatan bergantung kepada rasa sakit yang anda alami atau anda mengambilnya mengikut saranan yang dicadangkan oleh pakar?

Jika anda mengambil ubat seperti yang tertera pada pek ubat, usah risau kerana anda berada di trek yang betul. Namun, sekiranya anda mendapatkan ubat hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja, maka anda perlu perbaiki tabiat berkenaan dan perlu praktikkan panduan pengambilan ubat yang betul.

Untuk setiap ubat, ia mempunyai kadar kekerapan pengambilan yang berbeza. Ada yang sekali sehari, atau ada juga yang 3 hingga 4 kali sehari. Makanya, anda perlu mematuhi kekerapan pengambilan bagi memaksimakan kesannya ke atas tubuh anda.

Panduan Waktu Pengambilan Ubat Yang Betul

Pasti anda tertanya-tanya, bilakah waktu yang tepat untuk anda ambil sesuatu ubat? Untuk mengetahuinya, Tajria akan berkongsikan panduan mengenai waktu pengambilan ubat yang boleh anda praktikkan.

Jika ubat anda:

  • Dos Sekali Sehari – Ambil ubat pada jam 8 pagi. Dan dos yang seterusnya perlu diambil pada jam 8 pagi keesokkan harinya.
  • Dos 2 Kali Sehari – Ambil ubat pada jam 8 pagi dan 8 malam. Ia perlu diambil setiap 12 jam sekali.
  • Dos 3 Kali Sehari – Ambil ubat pada jam 6 pagi, 2 petang dan 10 malam. Untuk dos 3 kali sehari, anda perlu mengambilnya pada setiap 8 jam sekali.
  • Dos 4 Kali Sehari – Ambil ubat pada jam 6 pagi, 12 tengahari, 6 petang dan 12 malam. Dapatkannya pada setiap durasi 6 jam setiap hari.

Selain daripada mematuhi tempoh waktu yang ditetapkan, anda juga perlu mengetahui perkara-perkara lain sebelum mengambil ubat termasuklah:

Arahan khas pengambilan melibatkan ubat-ubatan tertentu sahaja. Umumnya, sesuatu ubat yang dibekalkan mempunyai arahan pengambilan seperti berikut:

  • Sebelum makan – Pengambilan sebelum waktu makan adalah untuk mengelakkan interaksi ubat terhadap makanan yang akan diambil. Selain itu, ia juga meningkatkan penyerapan ubat yang diambil sewaktu perut kosong. Sebagai contoh ubat Insulin Actrapid Injection, Iron Tablet dsbnya.
  • Selepas makan – Pengambilan selepas waktu makan adalah untuk mengelakkan iritasi perut. Ini bermaksud ubat tidak boleh diambil/sewaktu kosong.
  • Sebelum/selepas makan – Ubat ini boleh diambil sama ada sebelum atau selepas makan keranan ubat-ubatan ini tidak terganggu oleh makanan atau perut kosong. Sebagai contoh ubat Paracetamol, Chorpheniramine dsbnya.
  • Bersama makanan – Ambil ubat ini bersama makanan kerana ia dapat mempertingkatkan kesan ubat dan menggalakkan penyerapan yang lebih efektif. Sebagai contoh ubat Acarbose, Calcium Carbonate dsbnya.
  • Ambil bila perlu – Arahan ini diberi adalah untuk ubat perlu diambil jika ada simptom atau penyakit sahaja.
Komen