Setel Kini Hadir Dengan Ciri Jual Beli Kereta Di Dalam Aplikasi

April 28, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Dengan kerjasama myTukar, kini anda boleh melakukan jual beli kereta terus pada aplikasi Setel. Anda hanya perlu muat-turun aplikasi Setel sama ada di Apple App Store atau Google Play Store dan kemudian klik pada ikon ‘Buy & Sell Car‘.

Pilih mana-mana aktiviti yang anda ingin lakukan sama ada jual atau beli kereta dan seterusnya lengkapkan segala butiran yang diperlukan untuk meneruskan sesi penjualan dan pembelian di platform myTukar.

Selain itu, sekiranya anda yang melakukan aktiviti jual dan beli kenderaan sepanjang 15 April hingga 31 Mei 2023 ini, Setel turut menawarkan kredit Setel percuma sebanyak RM450 untuk anda yang menyenaraikan jualan kereta di myTukar. Manakala, RM350 pula untuk pembelian kereta.

Bagi yang berminat, myTukar menawarkan hampir 302 buah kenderaan daripada pelbagai jenama termasuklah kereta dari jenama Mercedes-Benz, Volkswagen, Mazda dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, setakat ini lokasi penyenaraian kereta masih lagi terhad iaitu di sekitar Lembah Klang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang dan Perak sahaja.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd