LG Electronics Malaysia (LG) mengumumkan penawaran beberapa produk mereka di acara Home Design & Interior Exhibition Kuala Lumpur (HOMEDEC KL) yang berlangsung dari 28 April ke 1 Mei 2023.
Menurut LG, mereka akan membawakan LG Objet Collection terbaharu yang menampilkan reka bentuk yang moden dengan warna-warna kompleks yang memenuhi personaliti dan gaya pemilik rumah yang berbeza.
Memberi fokus kepada peralatan rumah yang serba bergaya dan berfungsi, LG Objet Collection direka untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat dengan peralatan elegan dan kontemporari yang mudah dipadankan dengan mana-mana bahagian dalam rumah moden.
Gabungan reka bentuk minimalis dengan kualiti bina dan bahan-bahan premium, peralatan rumah ini akan meningkatkan ruang kediaman dan pengalaman kehidupan rumah anda.

Antara barangan dan produk dari LG Objet Collection yang ditawarkan termasuklah:
- LG Objet Freezer
- LG Objet Collection Posé OLED TV
- LG InstaView Door-in-Door Refrigerator
- LG WashTower
- LG A9T-Ultra Vacuum Cleaner
- LG PuriCare Atom V
Pada acara HOMEDEC KL 2023 juga, para pengunjung dijemput untuk berkunjung ke kiosk LG, di mana anda berpeluang untuk mencuba sendiri siri Objet Collection dan juga mendapatkan inspirasi bagaimana peralatan rumah boleh disesuaikan dengan reka bentuk dalaman rumah dengan mudah.
Apa yang lebih menarik lagi, LG akan memberikan satu unit LG XBOOM360 RP4 Portable Speaker kepada seorang pemenang bertuah yang mengunjungi kiosk LG Objet Collection (7P154 – 7P156) dan mengambil bahagian dalam peraduan media sosial Snap, Post and Win!
Untuk ketahui lebih lanjut tentang produk-produk tersohor LG dan promosi di HOMEDEC KL, anda boleh layari laman rasmi LG atau mengikuti akaun media sosial LG Malaysia bermula hari ini.